Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu jam sentengah. Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. Mana yang betul. Satu jam setengah atau satu setengah jam?Ayat yang tepat ialah:Anda diminta menjawab soalan ini dalam masa satu setengah jam. (letakkan unit di bahagian paling akhir:  Satu setengah meter, satu setengah kilo, atau satu setengah liter)Lain-lain03.11.2016
Saya keliru terlalu banyak pendapat. Soalan saya, "Ikan ini perlu diperap selama satu setengah jam sebelum dibakar." Penggunaan SATU SETENGAH JAM atau SATU JAM SETENGAH yang betul kerana terlalu banyak pendapat. Pendapat daripada guru-guru cemerlang bahasa melayu juga masih bercanggah yang mana tepat. Boleh saya tahu jawapan yang tepat yang mana satu.Jawapan yang betul ialah satu setengah jam. Jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.Tatabahasa20.05.2025
Satu jam setengah atau satu setengah jam Manakah yang betul ? Merujuk kamus dewan adalah satu setengah jam, TETAPI satu dan setengah adalah bilangan, adakah ia boleh bergabung bersama.

Jawapan yang betul ialah "satu setengah  jam".

Satu dan setengah boleh digabungkan dan diikuti dengan jam.

Lain-lain24.06.2022
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda.Lain-lain19.03.2019
Bolehkah saya bertanyakan soalan tentang kata bilangan tentu? Adakah satu jam setengah salah? Dulu kami diajar bahawa Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan. Contohnya, dua jam setengah(betul), dua setengah jam(salah). Sila beri tunjuk ajar, terima kasih.Frasa yang tepat ialah dua setengah jam. Dua setengah merupakan kata bilangan dan diikuti unit kiraan, iaitu jamTatabahasa15.05.2024
Selamat sejahtera. Ingin bertanya tentang soalan kesalahan umum tatabahasa. " satu setengah kilogram atau satu kilogram setengah" " tiga suku jam atau tiga jam suku " yang manakah betul? Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "satu setengah kilogram" dan "tiga suku jam", iaitu jumlah kiraan dan diikuti dengan unit.Lain-lain06.08.2015
1. Adakah benar kata bilangan tentu tidak boleh diletakkan bersama-sama kata bilangan pecahan? Harap dapat jelaskan konsep yang harus diguna pakai. Yang manakah betul: 'Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam' atau 'Perjalanan itu mengambil masa satu jam suku/setengah.' ? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.' atau 'Ali berjoging empat kilometer setengah setiap hari.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Harga buku itu tiga setengah ringgit.' atau 'Harga buku itu tiga ringgit setengah.? Mengapa? Yang manakah betul: 'Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.' atau 'Sila bubuh dua sudu setengah garam ke dalam sup itu.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali minum dua satu pertiga gelas air tadi.' atau 'Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.'? Mengapa?Frasa yang betul ialah:
1. Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam
2. Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.
3. Harga buku itu tiga setengah ringgit. 
4. Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.
5. Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.
Rumus yang diikuti ialah nombor bacaan (1, 1/2 dan sebagainya) baru diikuti dengan unit kiraan (jam, kilometre dan sebagainya).
Tatabahasa28.03.2014
Adakah ayat-ayat berikut betul penggunaan kata bilangan? 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit setengah kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi.

Jawapan yang betul ialah:

1. Ibu membeli satu setengah kilogram buah langsat.

2. Kakak menggunakan satu setengah meter kain untuk membuat blaus.

3. Ali membayar dua ringgit lima puluh sen kepada penjaja itu.

4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Lain-lain11.01.2024

Kembali ke atas