Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan yang mana betul. 1. satu per satu 2. satu persatu Terima kasih.Ejaan yang betul ialah satu per satu.Ejaan28.05.2012
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga.1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang.
2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian.
Tatabahasa26.09.2013
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. ‘Satu pertiga’ ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tqDalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar.Tatabahasa26.01.2011
yang manakah betul: 1)1.23 (tanpa peratus) - satu perpuluhan dua tiga atau satu perpuluhan dua puluh tiga tk.

Saudara,

Yang betul ialah satu perpuluhan dua tiga.

Lain-lain06.10.2010
1. Mohon penjelasan penggunaan tiga tanda noktah di sebelah satu-satu ayat di dalam surat. Cth: ...5. Bersama-sama ini dilampirkan kronologi etc etc. 2. Adakah ini wajib? Terima kasihTiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya:
a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.
Lain-lain10.06.2013
Antara "di kalangan" dan "dalam kalangan", yang mana satu betul? Misalnya, 1. Dia satu-satunya orang Asia di kalangan peserta seminar. atau 2. Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar.Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, kata sendi nama yang tepat ialah 'dalam kalangan'. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar".Tatabahasa16.06.2011
munsyi, apakah perbezaan penggunaan antara suatu dengan satu? TQantara ialah kata tugas yang membawa maksud ruang dan bersinonim dengan jarak, selang jauh dan jurang dan suatu bermaksud hanya satu, satu saja , pertama-tama dan yang pertama. Contoh ayat ialah Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kelompok dengan kelompok masyarakat yang lain.
satu ialah kata nama yang bermaksud bilangan 1, tunggal, esa, dan tidak ada yang lain lagi. Contoh ayat, Tuhan hanya satu.
Tatabahasa07.02.2012
Assalamualaiku Wbrt. Tuan Sukacita pihak tuan dapat menyatakan sama ada ayat d bawah betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Terima kasih. Daripada; Izani b. Hj. Daud1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. Perkataan kebanjiran bermaksud dipenuhi oleh manusia tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Ayat ini betul.
Tatabahasa18.09.2012
ejaan orang utan yang betul 1. satu atau dua perkataan 2. o dan u di awal huruf besar atau kecil

Ejaan yang betul ialah orang utan, ditulis dua perkataan dengan awalan setiap perkataan huruf kecil.

Ejaan16.01.2009
1. Dari satu pihak kepada pihak yang lain atau Dari suatu pihak kepada pihak yang lain Adakah penggunaan perkataan 'satu' atau 'suatu' yang betul di sini?

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

- Dari suatu pihak ke suatu pihak

- Dari satu pihak ke satu pihak

Lain-lain13.10.2008
12345678910...

Kembali ke atas