Apakah perbezaan antara morfem dan kata | Morfém (Lin) ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi tertentu sementara kata (Lin) ialah gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu. | Makna | 14.09.2007 |
apa itu denotatif | Denotatif berkaitan denotasi, iaitu: 1. makna eksplisit sesuatu perkataan, lawan konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dengan benda. | Makna | 31.05.2011 |
Apakah maksud denotasi dan konotasi serta perbezaannya? | Denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
Adakah semua kata adalah morfem?Berikan SATU hujahan bagi menyokong jawapan anda dalam satu ayat yang jelas. Sertakan contoh yang kukuh. | Data daripada Kamus Dewan, morfem ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi tertentu: perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. | Tatabahasa | 19.04.2015 |
Adakah semua morfem adalah kata?Berikan SATU hujahan bagi menyokong jawapan anda dalam satu ayat yang jelas. Sertakan contoh yang kukuh. | Data daripada Kamus Dewan, morfem ialah satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi tertentu: perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. | Tatabahasa | 19.04.2015 |
Bagaimanakah nak kelaskan morfem bebas dengan morfem terikat. Adakah apitan dikira 1 @ 2 morfem? Umpamaya perkataan ,'berperikemanusiaan' dikira sebanyak 4 morfem, adakah apitan 'ke...an' dianggap 1? | Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
soalan 1.Huraikan definisi morfologi secara rinci. 2.Huraikan morfem bebas dan morfem terikat secara rinci. 3.Huraikan maksud sintaksis secara rinci. | Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu: contohnya perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an; dan sintaksis ialah kajian tentang susunan kata dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
apakah yang dimaksdkan dengan konotatif dan denotatif? | Konotatif menurut pengertian linguistiknya berkaitan dengan atau mempunyai konotasi. Konotasi bermaksud asosiasi atau idea yang dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang tersirat. Denotatif menurut Kamus Dewan pula berkaitan dengan denotasi. Denotasi bermaksud makna eksplisit sesuatu perkataan, atau lawan konotasi. Pengertian kedua untuk kata ini ialah hubungan semantik antara satuan bahasadengan benda, simbol dan lain-lain. | Tatabahasa | 21.03.2007 |
1. Mengapakah dalam buku Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa kata terbitan yang menerima imbuhan apitan terdiri daripada 3 morfem, contohnya 'berkakikan' dikatakan terdiri daripada morfem ber+kaki+kan sedangkan jika diteliti imbuhan apitan beR-...-kan wujud sebagai 1 morfem. Oleh yang demikian saya inginkan kepastian bahawa adakah semua imbuhan apitan dikira sebagai 1 morfem ataupun 2 morfem? Sekian terima kasih. | Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi tertentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. Semua imbuhan dikira satu morfem terikat kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri dan tiada makna. Berkakikan mempunyai tiga morfem iaitu dua morfem terikat (ber dan kan) dan satu morfem bebas (kaki). | Tatabahasa | 11.01.2013 |
MAKNA PERKATAAN DALAM KAMUS DEWAN | Perkataan bermaksud 1. sesuatu yg diucapkan (dituturkan), cakap, ujar: orang yg angkuh itu juga biasa mengeluarkan ~ yg kesat kpd mereka; 2. (Lin) gabungan atau kesatuan bunyi yg mengandungi atau menyampaikan pengertian (makna) tertentu; ilmu bentuk ~ pengetahuan bkn bentuk kata (bkn awalan, akhiran, dll); suku ~ (Lin) satuan (unit) bunyi yg terdiri drpd satu vokal sahaja atau drpd vokal yg didahului atau diikuti oleh konsonan (atau didahului serta diikuti oleh konsonan) dan merupakan bahagian drpd sesuatu kata. Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 17.04.2009 |