Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ? | Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian... | Tatabahasa | 22.01.2013 |
Bagaimana hendak menjadi penulis yang baik? | Soalan saudara terlalu umum kerana saudara tidak menyatakan bidang apa yang saudara minati. Oleh itu, pertama sekali saudara perlu kenal pasti karya apa yang saudara hendak tulis misalnya karya kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi; atau karya umum seperti buku motivasi dan lain-lain. Untuk belajar menjadi penulis kreatif misalnya, terlebih dahulu saudara perlu banyak membaca karya orang lain. Teliti cara penulis itu menulis dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik dan lain-lain. Untuk menulis karya umum pula, saudara perlu mempunyai ilmu yang cukup tentang bidang yang saudara hendak tulis. Kemudian bacalah buku panduan tentang teknik penulisan yang kini terdapat banyak di pasaran. Selain daripada pembacaan, saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan penulis, penerbit swasta, syarikat akhbar, akademi penulis dan lain-lain. Cubalah menulis karya yang pendek dahulu seperti cerpen, puisi, atau esei dan hantar kepada surat khabar atau majalah kerana untuk menjadi penulis yang baik, ia perlu melalui proses pengalaman yang panjang. Dan, mahu tidak mahu, untuk menjadi penulis yang baik juga ia banyak bergantung kepada bakat seni yang semula jadi di dalam diri. | Lain-lain | 04.12.2010 |
Saudara, Sekiranya saudara ingin menyemak ejaan atau ingin mencari sesuatu perkataan (kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak, arkib soalan dan lain-lain), klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri. Selamat mencuba. Salam hormat, SULAIMAN KAIAT Ketua Bahagian Sistem Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka sulaiman@dbp.gov.my | Untuk permohonan iklan sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 10.07.2017 |
Saudara telah membelah kayu itu. Ayat pasif yang manakah betul dan gramtis? (a) Kayu itu telah dibelah oleh saudara. (b) Kayu itu telah saudara belah. [Adakah perkataan-perkataan seperti "saudara","saudari","tuan","puan","encik","cik" merujuk kepada kata ganti nama diri kedua?] | Ayat yang betul dan gramatis: Kayu itu telah saudara belah Untuk makluman, encik, puan, cik, tuan, saudara dan saudari ialah panggilan kepada seseorang berdasarkan jantina, status dan situasi majlis. Manakala kata ganti nama diri kedua pula ialah engkau, anda kamu. | Tatabahasa | 07.11.2015 |
tuan, yang manakah ejaan yang betul? sanak saudara atau sanak-saudara | Ejaan yang betul ialah sanak saudara. | Ejaan | 16.07.2012 |
Assalamualaikum saya ada dua soalan. 1. Dalam penggunaan saudara/saudari dalam ayat sebelum nama. Yang betul saudara Ali bin Abu atau Saudara Ali bin Abu (memandangkan saudara merupakan panggilan seperti Sang/Si). 2. Jika kita nyatakan jawatan secara umum dalam ayat tanpa merujuk kepada sesiapa penamanya. Contoh: Ucapan pengerusi majlis/Ucapan presiden atau Ucapan Pengerusi Majlis/Ucapan Presiden Terima kasih. | 1. Perkataan “saudara” dalam ayat ditulis dengan huruf kecil contohnya, Majlis mempersilakan saudara Ali bin Abu untuk memimpin bacaan doa. 2. Prasa yang betul ialah Ucapan pengerusi majlis / Ucapan presiden ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 21.01.2020 |
Salam Sejahtera. Bolehkah kata panggilan harmat dalam surat rasmi menggunakan perkataan "saudara" ? Antara saudara dengan tuan, mana yang lebih sesuai? | Penggunaan sapaan yang betul ialah "tuan". | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Ruangan manakah yang saya boleh salurkan bakat saya mencipta sajak atau pantun dalam web ini? | Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
saya nama Yamilah Usma balejar bahasa melayu dasar inginkan bartanya tentang tata bahasa apakah makna saudara | Saudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki. | Makna | 28.10.2015 |
Saya nama Waesalmee WaeAlee belajar bahasa melayu dasar saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna saudara | Saudara membawa maksud: 1. orang yang sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yang sama), abang (kakak) atau adik; 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak; 3. orang yang sama darjat (sekutu, segolongan, dll); 4. kawan, sahabat, teman; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yang digunakan ter-utamanya pada lelaki. | Makna | 28.10.2015 |