Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata saudara ialah 1. orang yang sama ayah dan ibunya 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak 3. orang yang sama darjat 4. kawan,sahabat,teman 5. kata ganti diri kedua yang digunakan pada lelaki. Rujuk halaman 1397.
Makna saudari ialah kata ganti diri kedua (seperti awak,kamu, anda)yang digunakan pada perempuan(terutamanya dalam surat-menyurat). Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1398
Oleh yang demikian tidak wujud ayat kita semua bersaudari kerana kata saudari tidak membawa makna orang yang ada hubungan kekeluargaan.
Thanks for clicking. That felt good.