| 1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka. | 1) Asing pada pandangan matanya 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
| Salam sejahtera, tuan. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan antara apabila, ketika, semasa dan sewaktu? Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya (semasa / sewaktu) ketiadaan ibu bapanya. Adakah kedua-dua semasa dan sewaktu betul dalam konteks ayat ini? Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua tidak ada perbezaan antara “apabila”, “ketika”, “semasa” dan “sewaktu”. Semuanya membawa makna yang hampir sama iaitu pada ketika, sewaktu atau pada waktu/masa. Oleh itu, berdasarkan ayat yang diberikan kedua-duanya boleh digunakan iaitu “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya semasa ketiadaan ibu bapanya” atau “Bayi itu dijaga oleh ibu saudaranya sewaktu ketiadaan ibu bapanya”. | Tatabahasa | 18.02.2022 |
| 1.Beliau berminat melakukan tugas (memelihara , pemeliharaan) alam sekitar .Mana satu betul? 2.Pada musim cuti (persekolahan ,sekolah) yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. Mana satu yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Beliau berminat melakukan tugas memelihara alam sekitar. 2.Pada musim cuti sekolah yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. | Tatabahasa | 22.09.2020 |
| Selamat sejahtera . Bagaimanakah cara menentukan sesuatu ayat itu ayat majmuk? Ayat yang berikut ini ayat tunggal atau ayat majmuk? Ayat: Kalang menziarahi saudaranya, Assan, di Sri Aman. | Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498. Ayat contoh yan saudara berikan bukanlah tergolong dalam ayat majmuk. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
| Apakah perbezaan antara " melawat" dengaan "melawat ke"? | Perbezaannya ialah kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
| penggunaan kata 'melawat ke' dengan 'melawat' | Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 14.09.2013 |
| Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih. | Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 26.04.2010 |
| 1. melawat Zoo Negara atau melawat ke Zoo Negara 2. membersihkan aku atau membersihkanku | Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, cotohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu, ayat yang betul ialah "melawat ke Zoo Negara". | Tatabahasa | 27.02.2010 |
| Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'bertanya', 'bertanyakan', 'menanya' & 'menanyakan'? Bukankah selepas perkataan 'bertanyakan' & 'menanyakan' tidak memerlukan kata sendi? Bolehkah encik memberikan penjelasan yang detail. Terima kasih. | Bertanya bermaksud meminta supaya diberitahu tentang sesuatu atau meminta keterangan, contohnya maka ia bertanyalah khabar ibu dan saudaranya bertanyakan bermaksud meminta keterangan mengenai sesuatu, contohnya maka aku pun bertanyalah hal negeri itu menanya bermaksud bertanya kepada, contohnya seorang guru sekolah tempatan menanya Profesor Arthur Lew satu soalan dan menanyakan bermaksud meminta keterangan tentang sesuatu kepada, contohnya temuilah doktor utk menanyakan apakah berpenyakit atau tidak. Berdasarkan huraian dan contoh yang diambil daripada Kamus Dewan itu, perkataan bertanya dan bertanyakan banyak digunakan dalam teks lama, manakala perkataan menanya dan menanyakan banyak digunakan dalam teks moden. | Tatabahasa | 24.06.2012 |
| Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |