Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ? | Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian... | Tatabahasa | 22.01.2013 |
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul? | Saudari/saudari, Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. Jawapan yang betul ialah mencekah. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Saya Nurhuda Masae Belajar Bahasa SAya ingin bertanya tentang Bahasa apakah makna saudari | saudari ialah kata ganti nama diri kedua bagi perempuan, lazimnya digunakan dalam bahasa seharian (tidak rasmi). | Makna | 30.10.2015 |
Saudari/Saudara, Apakah perkataan yang sesuai untuk 'connectivity'. Sebagai contoh, 'development connectivity such as public transport, pedestrian walkways, etc.' Bolehkah saya menggunakan 'kesalinghubungan' ? | Padanan bahasa Melayu yang puan berikan bagi connectivity, iaitu kesalinghubungan adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2021 |
Salam sejahtera. Pertanyaan saya: Bolehkah 'tahniah' digunakan sebagai kata seruan, sebagi contoh: Tahniah, saudari! saya cukup berbangga dengan pemilihan saudari sebagai murid cemerlang pada tahun ini. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah “Tahniah, saudari! Saya cukup berbangga dengan pemilihan saudari sebagai murid cemerlang pada tahun ini”. | Tatabahasa | 05.06.2024 |
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih. | Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu. - Ejaan Rumi dan Jawi
- Perkataan dan istilah
- Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan. | Lain-lain | 06.09.2009 |
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009 | Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009. | Tatabahasa | 10.02.2009 |
Apakah perkataan yang mempunyai pola suku kata KVK + KV + KVK+ KV + VK + KVK selain daripada perkataan 'menghubungkaitkan' ? | Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan ini, saudari bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP) atau Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai rujukan. KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri diperoleh dan saudari boleh menyesuaikan pola suku kata seperti yang dikehendaki. | Lain-lain | 04.11.2022 |
Salam saya keliru ejaan yang ada 2 "g" atau 1 "g"dalam perkataan | Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan ini, saudari bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri boleh dicari. Selain itu, saudari juga boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bagi perkataan yang mempunyai imbuhan "meng-..." seperti menggunakan, menggalakan, menggariskan, menggores, menggoreng dan sebagainya. | Tatabahasa | 03.03.2022 |
Apakah maksud penembusan pasaran? | Kami mencadangkan saudari untuk merujuk guru atau pengajar di sekolah. Namun, sekiranya saudari ingin membuat rujukan tambahan seperti tesis, kertas kerja, buku atau artikel, saudari boleh melayari laman web http://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 31.12.2021 |