Tuan, Saya ada masalah dengan penjodoh bilangan sauh. Sebuah sauh Sebentuk sauh Sebangkar sauh Atau ada jawapan lain yg tepat. Sekian, terima kasih | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah. Penggunaan perkataan sauh tanpa penjodoh bilangan adalah betul. | Tatabahasa | 19.04.2015 |
Tuan, Ayat: Apabila hendak belayar,anak kapal itu membongkar sauh selepas diarahkan oleh nakhoda kapal. Pilih perkataan berlawan bagi membongkar. Yang mana jawapannya : melabuh atau menurun | Jawapan yang tepat ialah melabuhkan. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Baju lama dan baju baharu itu telah (asing). (b) Masa depannya (kecil) kerana gagal dalam peperiksaan. (c) Kejadian itu sangat (balik). (d) Rumah itu (hangat) kerana baru dibaiki oleh mereka. (e) (Hangat) sungguh sauh kapal layar itu. (f) Lorong (lalu) itu gelap dan sunyi pada waktu malam. (g) Paras air yang tidak (tepat) menyebabkan banjir. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |