Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n minced meat put into a thin tube-like casing, sosej: they grilled ~s for dinner, mereka menggril sosej utk makan malam. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sausage


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah cadangan nama utk hidangan berasaskan sosej berikut? Sy berminat utk menggunakan terjemahan seperti yg sy sertakan. 1) sausage roll - sosej gulung, rol sosej. 2) pigs in a blanket (hidangan Amerika) - sosej gulung balut. 3) pig in blankets (hidangan British) - sosej balut, sosej gulung dendeng/bakon. 4) sausage bread - roti sosej.

Padanan nama hidangan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:   

1. sausage roll - rol sosej

2. pigs in a blanket - sosej gulung

 3. pig in blankets - sosej gulung

 4. sausage bread - roti sosej

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.

Makna28.08.2024
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya.
Sekian terima kasih.
Makna29.05.2017
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi perkataan berikut 1. Chicken Breakfast Sausage 2. Concentrated Liquid Detergent 3. Easy To Peel (untuk kulit popiah) Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Chicken Breakfast Sausage - Sosej Ayam Sarapan
2. Concentrated Liquid Detergent - Detergen Cecair Pekat
3. Easy To Peel - Mudah Diasingkan
Istilah01.04.2014
Kami dapati ejaan "meatburger" dalam ayat di bawah ini dieja sebagai satu perkataan membawa padanan "daging burger". Adakah ejaan ini betul kerana melalui semakan kami tiada ejaan yang sedemikian. (2) For the purposes of these Regulations, manufactured meat shall include meatburger, sausage and corned, cured, pickled or salted meat. (2) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, daging kilangan hendaklah termasuk burger daging, sosej dan daging kon, daging awetan, daging jeruk atau daging asin.Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu seperti yang berikut:

meat burger - daging burger

Dieja dengan dua perkataan.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain10.06.2021
Melalui semakan kami, istilah makanan yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah ini iaitu "lup cheong" ialah "lap cheong". Adakah terdapat padanan bagi istilah "lap cheong" ini dalam bahasa Melayu atau istilah asal boleh dikekalkan? (4) The provisions of subregulation (3) relating to the proportion of fat that may be contained in manufactured meat shall not apply to manufactured meat sold in casing and described as salami or salami-type sausage, lup cheong and sausages from edible organs. (4) Peruntukan subperaturan (3) berhubungan dengan kadar lemak yang boleh terkandung dalam daging kilangan adalah tidak terpakai bagi daging kilangan yang dijual dalam sarung dan diperihalkan sebagai salami atau sosej jenis salami, lup ceong dan sosej daripada organ boleh dimakanKami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu dikekalkan daripada istilah asal atau cadangan padanan seperti yang berikut:

lap cheong - lap cheong/sosej China

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain05.06.2021

Kembali ke atas