| Apakah padanan yang sesuai dan tepat bagi perkataan “savoury” dalam konteks ayat di bawah ini? Carian definisi bagi “savoury” adalah menyelerakan “Sauce 339. (1) Sauce shall be a liquid or semi-liquid savoury preparation of food with or without spices and intended to be eaten with food as a relish and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 340 to 345. Sos 339. (1) Sos hendaklah suatu sediaan makanan lazat dalam bentuk cecair atau separa cecair dengan atau tanpa rempah dan bertujuan untuk dimakan dengan makanan bagi memberi keenakan dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 340 hingga 345.”. | Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "savoury" ialah "menyelerakan", "tidak manis" atau "pedas", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya dalam ayat. | Lain-lain | 07.07.2021 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan semi di bawah ini: semi-processed semi-fermented semi-solid mass semi-liquid savoury preparation of food | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: semi - separa Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 05.07.2021 |