Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Sallallahualaihiwasallam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saw


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1) apakah singkatan bg perkataan "rahimahullah"? 2) gelaran "saidina", "sallallahualaihiwasallam" dan "radiallahuanhu" perlu ditulis dgn menggunakan huruf bear atau kecil? cth? 3) singkatan bg gelaran "saw" & "ra" perlu ditulis huruf besar atau kecil? perlu ada titik tak antara huruf2 tersebut? cth: SAW/saw/S.A.W/s.a.w? yang manakah tepat? Terima Kasih :)
Menurut data kami, ejaan yang betul ialah:
 1.  Saidina
 2.  Sallallahualaihiwasallam  
 3.  radiallahuanhu
 4.  SAW
 5.  r.a

Lain-lain12.04.2018
Ejaan dalam Daftar Kata BM: sallallahualaihiwasallam. Dalam Kamus Dewan E4: Sallallahualaihiwasallam. Manakah yang betul? Singkatannya pula saw atau SAW?Sallallahualaihiwasallam ialah nama khas yang diambil daripada bahasa Arab, oleh itu ejaannya dimulakan dengan huruf besar dan kependekannya SAW.Tatabahasa25.08.2011
Allah swt atau Allah SWT ? Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad SAW ?Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.Ejaan06.02.2010
selain daripada perkataan yang merujuk kepada tuhan, perlukah saya meletakkan huruf besar pada awak perkataan yang menunjukkan Nabi Muhammad SAW?Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar.Ejaan07.11.2012
Salam, Saya memerlukan khidmat nasihat pihak tuan bagi terminologi (Band Saw Machine) dalam bahasa melayu adalah Mesin Gergaji Puting. Adakah betul atau salah. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan sanjungi. sekian, terima kasih.Band saw ialah gergaji gelung, machine band saw diterjemahkan kepada mesin gergaji gelung.Penyemakan dan penterjemahan24.10.2016
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
bagaimanakah penggunaan yang betul, singkatan untuk s.w.t. S.W.T. SAWSingkatan yang betul ialah SWT dan SAWLain-lain15.08.2007
Assalamualaikum. Saya mohon penerangan berkaitan perbezaan singkatan r.a./a.s dengan SAW/SWT. Mengapakah r.a./a.s menggunakan huruf kecil berbanding dengan SAW/SWT? Terima kasih.Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Perkamusan untuk dijawab.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.Ejaan05.03.2018
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Cold Saw'? (Bidang: Kejuruteraan)? Sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "cold saw". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah gergaji bilah bulat.Istilah12.01.2016
Salam, Saya hendak tahu penggunaan istilah yang betul bagi merujuk kepada pemerintahan empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW. Adakah Khulafa' al-Rasyidin atau Khalifah al-Rasyidin? Terima kasih.Bagi merujuk pemerintahan empat orang sahabat Nabi Muhammad SAW, istilah yang betul ialah Khulafa ar-Rasyidin kerana khulafa ialah bentuk jamak bagi khalifah.Istilah14.09.2012
12345

Kembali ke atas