Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ langit = sawangan awang-awang, ruangan di antara langit dgn bumi: fikirannya melayang jauh entah ke ~ mana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = sawangan ruang di antara langit dgn bumi; awang-awang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sawang I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENGGUNAAN istilah laman sesawang @ laman sawang yang betul? terima kasih

Istilah yang betul ialah laman sesawang.

Istilah15.02.2009
Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya mengenai maksud perkataan sesawang. Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.Menurut data kami maksud sawang ialah i. kotoran seperti sarang labah-labah yang terdapat di langit-langit (alang dan lain-lain) rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)  ii. sarang labah-labah, kotoran yang terdapat pada langit-langit (alang, penjuru, dan lain-lain) rumah: istana besar sudah penuh ~ dan balairung seri sudah berlapuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sesawang pula merujuk kepada sesuatu seperti sawang.Makna21.08.2020
Tiadakah perkataan lain bagi 'WEB' yang dapat direka oleh DBP selain daripada Sesawang? Kenapa tidak Suang atau swang ? Kenapa mesti sesawang? Perlukah kita menyamakan perkataan WEB itu dengan Sawang? Adakah DBP sekarang ini kurang kreatif?

Perkataan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan web ialah sesawang. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, pembinaan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Peristilahan DBP dan penyelarasan istilah disepakati oleh tiga buah negara anggota MABBIM, Malaysai, Indonesia dan Brunei. Harap maklum.

Makna18.06.2008

Kembali ke atas