Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ against, /menyanggah, menyangkal/ sso: I’ve got nothing specific to ~ against him, I just don’t like him, saya tdk ada apa-apa hal utk menyanggahnya, saya cuma tdk suka akan dia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : you said it, (colloq) memang betul: “The canteen food is awful” “You said it”, “Makanan di kantin itu teruk” “Memang betul”; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : you don’t ~, (colloq) betulkah: “The loving couple’s divorced” “You don’t ~!”, “Pasangan yg berkasihan itu sudah bercerai” “Betulkah?”; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : you can ~ that again, betul cakap kamu: “You need a pair of new shoes” “You can ~ that again!”, “Kamu memerlukan sepasang kasut baru” “Betul cakap kamu!”; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : whatever so. ~s goes, (colloq) apa yg sso kata, mesti diikut: whatever his wife ~s goes, apa saja yg isterinya kata, mesti diikut; when all is said and done, walau apa pun sso kata: when all is ~ and done, he’s new here; we cannot expect him to know everything, walau apa pun kamu kata, dia orang baru di sini; kita tdk boleh harapkan dia mengetahui segala-galanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : what do you ~, apa kata: what do you ~ if we go for a picnic next weekend?, apa kata kalau kita pergi berkelah pd hujung minggu depan?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : that is to ~, dgn kata lain: let us stick to our earlier plan, that is to ~ we will not make any changes, eloklah kita ikut rancangan awal kita, dgn kata lain kita tdk akan membuat sebarang perubahan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : needless to ~, faham-faham sajalah: needless to ~, the teacher’s pet was chosen as the class monitor, faham-faham sajalah, kesayangan guru kita telah dilantik menjadi ketua darjah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : let’s ~, kata(kan)lah: let’s ~ we’re here for three months or so. Where will we stay?, katalah kita ada di sini selama tiga bulan. Di mana kita hendak tinggal?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : I wouldn’t ~ no, (colloq) boleh juga: “Would you care for a chocolate?” “Well, I wouldn’t ~ no”, “Kamu hendak coklat?” “Boleh juga”; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : I will ~ this for /you, him, etc/, ...saya mengakuilah, /kamu, dia dll/...: I will ~ this for him, he’s very thoughtful, saya mengakuilah, dia seorang yg bertimbang rasa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ what you like, /katalah, cakaplah/ apa pun: ~ what you like, I think she’s an excellent teacher, cakaplah apa pun, saya rasa dia seorang guru yg baik; go without ~ing, sudah pasti: it goes without ~ing, he’s after your wealth, sudah pasti, dia hendakkan kekayaanmu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ o’s piece, cakap apa yg sso hendak katakan: ~ your piece, and then let us get on with the agenda, cakap apa yg kamu hendak katakan, kemudian kita boleh meneruskan perbincangan kita ttg hal-hal dlm agenda; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ no more, enough said, (colloq) tak usah cakap banyak lagi: ~ no more. You’ve convinced me, tak usah cakap banyak lagi, saya percaya cakap kamu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ a few words, berkata sepatah dua; ~ a lot for, cukup menunjukkan: his success ~s a lot for his capability, kejayaannya cukup menunjukkan keupayaannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (in creative works) melahirkan, menyampaikan: I fail to understand what these modern artists are trying to ~, saya tdk memahami apa yg hendak dilahirkan oleh pelukis-pelukis moden ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : the book ~s Malacca fell to the Portuguese in 1511, buku itu mengatakan bahawa Melaka jatuh ke tangan Portugis pd tahun 1511; 7. express, a. (by gestures etc) menggambarkan: her expression said that she wasn’t ready, air mukanya membayangkan bahawa dia belum bersedia; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ you are ill, who’s going to look after you?, katalah kamu jatuh sakit, siapakah yg hendak menjaga kamu?; 6. give information, a. (of a sign etc) berbunyi: the sign ~s “Beware! Fierce dog!”, papan tanda itu berbunyi “Awas! Anjing garang”; b. (of a book) mengatakan: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. show, menunjukkan: my watch ~s half past four, jam saya menunjukkan pukul empat setengah; 5. suppose, kata(kan)lah: ~ he pays you $3,000 per month, would you leave your present job?, katalah dia menawari kamu gaji $3,000 sebulan, mahukah kamu meninggalkan kerja kamu sekarang?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. recite, membaca: the children were taught to ~ grace before meals, budak-budak itu diajar membaca doa sebelum makan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. express in words, mengatakan, bercakap ttg: she did not ~ what was bothering her, dia tdk mengatakan apa yg merunsingkannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : she said something that I could not understand, dia mengatakan sesuatu yg tdk saya fahami maksudnya; “come here,” he said, “mari ke sini,” katanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. tell, mengatakan; (in direct speech) kata: his last letter says that he’ll come home soon, surat terakhirnya mengatakan yg dia akan balik tdk lama lagi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi tell, mengatakannya, bercakap: she knows the answer but she refuses to ~, dia tahu jawapannya tetapi dia tdk mahu mengatakannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : have o’s ~, menyuarakan /pendapat, pandangan/: you have had your ~. Give him a chance, kamu sudah menyuarakan pendapat kamu. Beri dia peluang pula; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : members would like a bigger ~ in the club’s administration, ahli-ahli kelab mahukan hak bersuara yg lebih dlm pentadbiran kelab; she has no ~ in their domestic affairs, dia tdk ada hak bersuara dlm hal-hal rumah tangga mereka; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n right to participate in decision-making, hak bersuara: I want a ~ in the matter, saya mahu hak bersuara dlm perkara ini; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : interj (US), (colloq) ha: ~! How about giving me a treat?, ha! Apa kata kalau kamu belanja saya?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata say

Peribahasa

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Say aagak musykil untuk terjemah "adventure film" dan "swashbuckler film" yang kedua-duanya bermaksud "filem kembara. Tapi jika ikut istilah bahasa Inggeris, swashbuckler adalah subgenre adventure. "Swashbuckler film" bermaksud subgenre genre filem pengembaraan, yang sering dicirikan oleh pertarungan pedang dan watak-watak kepahlawanan, yang dikenali sebagai swashbuckler. Manakala "adventure film" pula unsur plot utama merangkumi pencarian benua yang hilang dan suasana eksotik; perjuangan dan situasi yang menghadapi watak-watak utama, penciptaan kerajaan, watak-watak yang memulakan pencarian harta karun dan kepahlawanan, pencarian (quest), penerokaan, pencarian dan pencarian yang tidak diketahui biasanya juga harus mengatasi musuh. Jadi bagai mana terjemahan yang sesuai untuk membezakan kedua-dua itilah yang hampir sama ini? Adakah kekalkan "swashbuckler film" sebagai "filem swashbuckler"?Padanan bahasa Melayu untuk "adventure film" ialah filem kembara manakala "swashbuckler film" ialah filem kepahlawanan.  Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Makna02.09.2020
Salah satu cara mengajar kanak-kanak adalah melalui teknik 'look and say'. Apakah terma yang terbaik sekiranya teknik 'look and say' diterjemah? Adakah teknik pandang dan sebut?

 

 Berdasarkan istilah dalam bidang pendidikan, look and say method padanannya dalam bahasa Melayu ialah kaedah lihat dan sebut.

Huraian: Teknik pengajaran membaca yang membolehkan murid-murid mengenali seluruh perkataan sekali gus.

Bagi istilah yang lain Sdr boleh melayari laman sesawang DBP dan menaipkan perkataan atau istilah yang berkaitan untuk mendapatkan padanannya dalam bahasa Melayu.

Lain-lain02.06.2010
Assalamualaikum/Selamat Pagi. Say aingin bertanya tentang cara untuk menghantar manuskrip novel. Sukacita sekiranya Tuan dapat memberikan garis panduan mengenai perkara ini. Terima Kasih.Sila hubungi Bahagian Buku Sastera melalui Ketua Bahagian, YBhg. Datin Hajijah Jais di talian 03-21479000 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.Sastera14.03.2017
Tuan, berikut merupakan ayat-ayat yang say ingin tanya. 1. Dia menceritakan semula kisah sedihnya. 2. Dia menceritakan kisah sedihnya semula . Kedua-dua ayat berikut manakah yang betul? Jika kedua-dua betul, sila membezakan maknanya. 1. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. 2. Walaupun sudah bertahun meninggalkan kampung pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya. Terima Kasih.1. Dia menceritakan kisah sedihnya semula. "Menceritakan" ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti dengan objek, iaitu "kisah sedihnya". 
2. Awak memberitahu saya yang awak akan melancong ke Pulau Tioman pada hujung minggu ini. Ayat ini betul. 
3. Walaupun sudah bertahun meninggalkan pekarangan dengan berhijrah ke Kanada, tetapi nilai ketimuran tetap menjadi pegangannya.
Tatabahasa16.05.2012
Bilakak encik akan siap membaiki kerta yang say bagi. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah: Encik boleh mula membaiki kereta yang saya hadiahkan.Tatabahasa12.04.2023
Mohon semakan terjemahan Well, gee, that sure is a kind thing to say. Itu ialah sesuatu yang baik untuk diperkatakan.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Sesuatu yang baik untuk diperkatakan.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
saya di faham kan untuk meletak sign board di depan pintu pejabat saya perlu kelulusan DBP. macam mana say nak buat untuk mendapat kelulusan tersebut? sign board hanya ada logo & nama syarikatUntuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.


Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Sila muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN.


Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. 


Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.


Lain-lain11.12.2024
salam, saya nak tanya, saya ada syarikat percetakan, boleh ke alau saya cetak flyers2 dbp, poster, dll. kalau say anak cetak buku2 dbp blh?Sila berhubung dengan Jabatan Penerbitan atau berbincang dengan Bahagian Kewangan DBP.Lain-lain28.07.2010
There are no speed limit signs on the road and highway of Kota Kinabalu and in Sabah per say. How can the police issue a summon saying that we have exceeded the speed limit - What speed limit are they refering to (in KL is 110km or 90km) but here nothing!! Is it justified that they issue the summons for driving at 110km on KK road??? What double standard are they practicing. They must first put up the speed limit sign so that drivers can abide to. Is this Malaysia Boleh for us law abiding citizens? Pihon terjemahan kepada bahasa melayu yang tepatPihak kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Kami hanya menyemak teks terjemahan teks pendek yang telah disediakan. Untuk mengadapat mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03- 41497210. Lain-lain04.02.2008
"I often feel that my voice is stuck when im having conversation or I don’t know what to say or im shy but with the singing, it just cuts through all this. Im quite a fragmented person but somehow I just keep coming back to this." Assalamualaikum Encik/Puan, saya kurang pasti terjemahan ayat di atas. Boleh ke kalau Encik/Puan bantu saya untuk terjemahkan dalam bahasa melayu?Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan17.10.2021
123

Kembali ke atas