Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah pada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Sama maksud ke? | 1. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (betul) 2. Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (kata sendi nama"pada" diganti dengan "kepada". Salah satu daripada fungsi kata sendi nama "kepada" adalah untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.) Oleh itu, frasa "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" dan "Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" mempunyai maksud yang sama. | Tatabahasa | 30.11.2022 |
Saya mendengar apa yang encik beritahu saya. Saya dengar apa yang encik beritahu saya. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah “Saya mendengar perkara yang encik sampaikan kepada saya.” | Tatabahasa | 01.08.2024 |
Saya mengambil ubat yang doktor beri saya. Saya mengambil ubat yang doktor berikan kepada saya. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah “Saya mengambil ubat yang doktor berikan untuk saya.” | Tatabahasa | 28.11.2023 |
"Saya meminta maaf daripada guru saya. ""Saya meminta maaf kepada guru saya. "Nak tanya mana satu yang betul | Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada guru”. Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 272 - 274. | Tatabahasa | 04.09.2024 |
1) Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis. 2) Saya telah melaporkan kemalangan kereta saya kepada polis. 3) Saya telah mengadukan kemalangan kereta saya kepada polis. 4) Saya telah membuat aduan tentang kemalangan kereta saya kepada polis. Ayat yang manakah salah? | "Saya telah membuat laporan polis tentang kemalangan kereta saya kepada polis." - Ayat ini kurang tepat. | Tatabahasa | 12.01.2025 |
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging? | Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja. | Makna | 31.03.2023 |
Saya mahu mempunyai penghawa dingin di rumah saya. Saya telah menasihatinya supaya menjadi budak yang baik tetapi sebaliknya belaku. Dia menjadi budak jahat. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? | Ayat yang betul ialah seperti yang berikut: 1. Saya mahu mempunyai penyaman udara di rumah saya. 2. Saya telah menasihatinya supaya menjadi budak yang baik tetapi sebaliknya berlaku. Dia menjadi budak yang jahat. | Tatabahasa | 30.04.2024 |
Saya merupakan PIC penerbitan di fakulti saya. Saya berniat untuk menjemput pihak DBP untuk memberi taklimat tentang penerbitan buku dan perkhidmatan yang sedia ada di DBP untuk memudahkan penghasilan buku sperti buku teks dan bergambar. Saya memohon untuk mendapatkan wakil pihak DBP untuk dihubungi | Bagi tujuan tersebut, saudara boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah seperti maklumat yang berikut: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 30, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.06.2023 |
Saya marah terhadap Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Ayat yang manakah betul? | Kedua-dua cadangan ayat yang dinyatakan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 30.11.2022 |
Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Ayat ini betul ke? | Ayat ini betul: Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. | Tatabahasa | 09.12.2022 |