Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya dengan hormatnya merujuk

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam penulisan surat, yang mana satu betul? "Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan ..." atau "Saya dengan hormatnya merujuk surat tuan ..."

Encik Yahaya,

 jawapan yang betul ialah  - Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan , atau Dengan segala hormatnya surat tuan.......................... dirujuk. Terima kasih.

Tatabahasa04.03.2010
Mohon bantuan, yang mana lebih tepat ( pendahuluan surat rasmi) dan harap dibetulkan jika ada kesilapan : 1. Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. Terima kasihAyat yang gramatis ialah Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.Tatabahasa29.06.2012
Harap dapat tuan jelaskan penggunaan perkataan "adalah" di dalam penulisan surat seperti yang berikut: "Adalah saya dengan hormatnya merujuk surat tuan ...."

Encik Yahaya,

Kita tidak boleh menggunakan kata pemeri adalah pada permulaan ayat. Terima kasih

Tatabahasa04.03.2010
Tatacara penulisan surat rasmi: 1. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut diatas; atau 2. Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas mohon pencerahan. terima kasihAyat yang betul ialah 1. Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang  tersebut di atas. Tatabahasa17.03.2021
Maksud perkataan "sasana" seperti dalam ayat ini: YBrs. Dr/tuan/puan, Saya dengan hormatnya merujuk kepada perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) bertarikh 21 September 2017, mengenai perkara di atas. Keputusan YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi pelaksanaan Sasana Bahasa dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. 13 Tahun 2017 bertarikh 19 Julai 2017 dan Mesyuarat Prapelaksanaan Sasana Bahasa Bil. 1 Tahun 2017 telahpun diadakan pada 27 Julai 2017 (Khamis) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Suhaime Mahbar, Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) adalah jua dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan MESYUARAT PELAKSANAAN SASANA BAHASA BILANGAN 1 TAHUN 2017 seperti butiran berikut: Tarikh : 29 September 2017 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, Blok C1, Kompleks C Jabatan Perkhidmatan Awam 62510 PUTRAJAYA.Kata sasana belum terakam dalam data DBP.  Pencarian kami menemui kata sasana berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud lokasi, pusat, bangunan atau arena di mana masyarakat berkumpul untuk bermesyuarat. Frasa ‘sasana bahasa’ dalam pertanyaan puan boleh membawa maksud lokasi, pusat, arena, mesyuarat, majlis berkaitan isu atau program bahasa.Makna28.09.2017
Adakah salah menggunakan permulaan ayat "Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas" dalam penulisan surat rasmi? Adakah "Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas" lebih sesuai digunakan? Mengapa? Mohon penjelasan pihak DBP dari segi tatabahasa dan maksud ayat. Sekian, terima kasih.Binaan ayat boleh terdiri Frasa Nama +Frasa Nama/ Frasa Kerja/ Frasa Adjektif/ Frasa Sendi Nama. Ayat yang menggunakan kata hubung keterangan "dengan" sebagai permulaan ayat dinamakan sebagai "ayat hubung keterangan cara".  Oleh sebab itu, ayat yang lebih gramatis  ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara...".Tatabahasa15.04.2014
1.Yang mana sesuai digunakan untuk permulaan surat rasmi? Dengan hormatnya saya merujuk atau Saya dengan hormatnya merujuk 2. Bolehkah menggunakan perkataan 'parkir' atau lebih sesuai 'tempat letak kereta' 3. Perbezaan mohon dan pohon 4. Ingin tahu lebih lanjut tentang struktur ayat yang menggunakan 'antara' dan 'di antara' dan kata penghubung yang sesuai untuk penggunaan ayat tersebut. Terima kasih1. "Dengan hormatnya saya/kami merujuk..." 

2. Perkataan yang betul ialah "tempat letak kereta".

3. Kedua-duanya bermaksud meminta, namun yang paling tepat ialah mohon.  

4. Kata sendi nama "antara" perlu hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya Mereka berbincang antara adik-beradik. Frasa di antara pula digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya, anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya
Tatabahasa13.03.2014
Saya ingin bertanya, sekiranya dalam mengarang surat rasmi, apakah bentuk penulisan yang betul? betulkah ayat seperti dibawah? 1) Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. 2) Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara diatas. 3) Perkara diatas adalah dirujuk Yang mana satu betul? pohon pandangan Pihak DBPPenggunaan yang lazim ialah Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang di atas.Lain-lain04.01.2011
Penggunaan perkataan bahawa: Yang mana betul. a. Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan ... atau b. Mesyuarat mengambil maklum cadangan... Yang mana betul a. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya... atau b. Sukacita dimaklumkan tuan telah berjaya... Yang mana betul a. Dengan hormatnya saya merujuk kepada ..... atau b. Saya dengan hormatnya merujuk kepada....Frasa yang betul ialah "Mesyuarat mengambil maklum cadangan ..." dan "Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah berjaya ..." dan "Dengan hormatnya saya merujuk ...".Tatabahasa03.05.2012
Apakah perbezaan antara ayat di bawah serta kesesuaian penggunaannya: 1. Dengan hormatnya saya menjemput perhatian tuan/puan kepada perkara tersebut di atas. 2. Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara tersebut di atas 3. Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 4. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah "Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas." Tatabahasa11.06.2023
123456

Kembali ke atas