Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul?1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa05.06.2010
Salam sejahtera DBP, 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini? sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saya+tidak+tahu+apa&d=10 Soalan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? Jawapan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Jenis Soalan: Tatabahasa Tarikh Soalan: 05.06.2010 terima kasih.Untuk makluman, "bagaimana" dan "apa" ialah kata tanya. Kata tanya ialah  perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.  Contohnya:
1. Kesihatannya sekarang bagaimana?
2. Bagaimankah kesihatannya sekarang?
3. Yang di dalam kotak itu apa?
4. Apakah yang di dalam kotak itu?

Oleh itu,  ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1.Saya tidak tahu cara membuat kuih itu.
2.Saya tidak tahu perkara yang sedang dilakukannya.

Tatabahasa11.02.2014
Dalam ayat penyata, bolehkah kita letakkan kata tanya?? Contoh: Saya tidak tahu apa yang ada dalam kotak ini.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata, bukan ayat tanya.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441.Tatabahasa27.06.2010
Assalamulaikum... Saya ingin bertanya mengenai bagaimana saya harus menjawab soalan pidato yang berbunyi, " Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia ". Saya tidak tahu apa yang dikhendaki oleh soalan ini. Apakah yang saya harus tulis sebagai pendahuluan, empat isi, dan penutup ? Saya berharap agar kiriman saya ini dibalas secepat yang mungkin. Sekian, saya dahulukan pertolongan pihak DBP dengan ucapan terima kasih.

Pertanyaan saudara ini memerlukan penelitian dan rujukan mendalam. Saudara digalakkan merujuk perkara ini kepada guru sekolah saudara untuk mendapatkan maklumat lanjut. Saudara juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Untuk makluman saudara, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi/bahasa kebangsaan negara kita melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan untuk menyatukan masyarakat pelbagai bahasa di Malaysia. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah kebangsaan. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu secara am untuk menyatakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan untuk memperkatakan  bidang-bidang ilmu di peringkat sekolah, maktab dan universiti. 

Lain-lain27.03.2009
Salam, aku nak tanya pasal tatabahasa 'apa' dan 'apa-apa'. 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini "Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya." sedangkan ayat ini boleh dikatakan ayat pernyata? (tidak menganggapnya sebagai ayat dialog) 2. No one knows what is in the bag. => a) Tidak ada orang yang tahu apa yang ada di dalam bag itu. b) Tidak ada orang yang tahu apanya yang ada di dalam bag itu. c) Tidak ada orang yang tahu benda yang ada di dalam bag itu. Mohon nasihat. Terima kasih."Apa" merupakan kata ganti nama diri tanya yang merujuk benda atau perkara.  Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata, dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. "Apa" digunakan dalam ayat tanya dan "apa-apa" digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. Ayat yang betul ialah "Tidak ada orang yang tahu benda yang ada di dalam beg itu".Tatabahasa08.02.2014
Ini soalan latihan BM anak saya, tidak tahu hendak pilih jawapan apa? Walaupun perkara kecil tapi sungguh menggusarkan. Soalan: Sebelum tidur Asyraf akan ...... gigi. a. memberus b. menggosok c. mencuci d. membasuh Saya tidak tahu nak pilih yang mana a. ATAU b. Setelah semak dengan Pusat Rujukan Persuratan Melayu @DBP, keduanya adalah betul. Mohon jawapan. Terima kasih.Sebelum tidur Asyraf akan memberus gigi. Memberus bermaksud membersihkan dengan berus dan dalam situasi ini ialah berus gigi.Tatabahasa02.01.2012
Asalamualaikum DBP. apakah kategori perkataan 'tahu'? saya rujuk dalam Tatabahasa Dewan tentang 'tahu', katanya 'tahu' ialah kata kerja. Tetapi dalam ayat di bawah, susunan perkataan 'tahu' adalah betul iaitu di depan kata kerja 'bercakap'. Tetapi apa yang saya tahu, dalam 1 ayat tidak boleh ada 2 kata kerja. Jadi tolong terangkan apakah golongan kata 'tahu' tersebut. 'saya tahu bercakap bahasa Melayu'.Berdasarkan rujukan kami,  perkataan tahu merupakan kata kerja.Tatabahasa10.11.2017
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?]Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan.Lain-lain17.11.2011
Assalamualaikum. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan saya ini. Always know who has access to which accounts Sentiasa tahu orang yang mempunyai akses kepada "akaun mana" Yang saya tahu "mana" tidak boleh digunakan dalam ayat pernyataan (bukan soalan), jadinya apa pilihan alternatif yang sesuai utk ini. Boleh saya tahu apa logiknya perkataan apa, siapa, di mana, kena, bagaimana tidak boleh digunakan dlm ayat pernyataan? Dan perlukan BM sangat berlawanan berbanding bahasa lain cth bahasa Inggerris dan bahasa Arab (yang membenarkan) kerana ini menyebabkan kerja menterjemah menjadi sukar. Saya ingin sangat tahu apa logiknya di sebalik peraturan yg "tak tercapai dek akal" dan tidak membantu ini. Tidak bolehkah dibolehkan semua penggunaan perkataan-perkataan ini dalam ayat bukan soalan? Penyeragaman juga akan menjadikan penulisan dan penterjemahan jadi mudah dan orang tak keliru, contohnya "sejauh mana" boleh pula digunakan "mana" walaupun dalam ayat bukan soalan. Saya harap pihak tuan dan pakar-pakar bahasa boleh pertimbangkan sewajarnya. Ini penting dalam perkembangan BM. Ia mesti mudah dibaca, dipelajari, diterjemah dan ditulis. barulah orang akan suka guna BM dan kurang pilih BI. Tak perlu buat terlalu banyak peraturan yang memeningkan kepala dan mengelirukan.Setiap bahasa ada rumusnya tersendiri. Tatabahasa bahasa Melayu baku telah lengkap disusun dan kemas kini hanya dilakukan sekiranya ada dapatan baharu yang berwibawa dan boleh dibuktikan dengan lengkap serta nyata. Dalam bahasa Melayu kata tanya seperti bilabagaimanaapa dan siapa digunakan dalam ayat tanya. Dalam wacana bahasa Melayu sangat jelas tentang fungsi perkataan tersebut dalam ayat tanya seperti Mereka sampai bila? Yang di dalam kotak itu apaNamun, berlaku sedikit kekeliruan dalam penterjemahan kerana kita terikat dengan makna sesuatu perkataan secara tunggal seperti kata which yang biasanya diterjemahkan kepada yang mana. Walau bagaimanpun, perkara ini boleh diatasi dengan menjadikan kata tersebut sebagai kata ganda dan secara tidak langsung tidak lagi berfungsi sebagai kata tanya. Contohnya, terjemahan tersebut boleh diubah menjadi "Sentiasa tahu orang yang mempunyai akses kepada mana-mana akaun.Tatabahasa14.07.2021
Saya sedia maklum bahawa "siapa, apa, mana, bila, kenapa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Namun, bolehkah dia diguna dalam konteks di bawah? 1. Saya pun tak tahu, entah kenapa saya datang. 2. Saya akan buat apa saja untuk berjaya. / Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya. 3. Dia boleh buat apa pun./ Dia boleh buat apa-apa pun. 4. Apa daya, nasi sudah menjadi bubur. -liyana
Binaan ayat bergantung pada konteks situasi atau penggunaannya. Jika dalam situasi percakapan, misalnya dalam cerpen atau novel, contoh pertama sudah memadai. Namun begitu, dalam konteks bahasa yang baku atau persis, yang terbaik tentulah penggunaan kata mengikut fungsinya. 

1. Saya pun tak tahu,  "sebab/tujuan" saya datang. Betul

2. Saya akan buat "apa-apa" saja untuk berjaya. Betul

Apabila digandakan, fungsi "apa" sebagai kata tanya  sudah berubah fungsi menjadi rujukan tidak tentu atau penegasan.

3. Dia boleh buat "apa-apa" pun. Betul

Sama seperti ayat 2.

4. "Apatah/Apalah" daya, nasi sudah menjadi bubur. Betul

Dicadangkan untuk memilih bentuk kata mengikut fungsi asal kata berkenaan, melainkan jika digunakan dalam laras kreatif atau konteks lisan.
Tatabahasa25.03.2021
123456

Kembali ke atas