Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yang.kan] | سايڠکن

Definisi : suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayangkan

Puisi
 

Sayangkan kain buangkan baju,
     Sebab baju panjang lima;
Sayangkan lain buangkan aku,
     Sebab aku orang dah lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sayangkan kain,
     buangkan baju;
sayangkan lain,
     buangkan aku.

Bermaksud :

Isteri yang mencari kekasih lain.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Abe Sey May 19th, 11:27pm salam sy ingin tanya,apa mksud: SAYANGKAN ANAK TANGAN-TANGANKAN,SAYANGKAN ISTERI TINGGAL-TINGGALKAN..Peribahasa "kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan" bermaksud anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan.Makna19.05.2015
Salam sejahtera. Saya keliru akan penggunaan kata hubung "selagi" dan "asalkan". Ayat manakah yang tepat - "Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak" ataupun "Saya akan menjaga awak asalkan saya masih sayangkan awak"? Apakah perbezaan antara penggunaan "asalkan" dan "selagi"?Mengikut Kamus Dewan perkataan ‘asalkan’ sama maksud dengan frasa ‘dengan syarat’.  Contoh penggunaan ‘asalkan’ dalam ayat ialah “Kau boleh pulang, asalkan pekerjaanmu sudah selesai”.   Perkataan ‘selagi’ dalam konteks perbandingan dengan perkataan ‘asalkan’ seperti yang dikemukakan dalam pertanyaan pula bermaksud ‘selama atau sementara masih’.  Contoh penggunaan dalam ayat ialah “Selagi hayat dikandung badan, aku tetap setia kepadamu”. Merujuk pada ayat yang dikemukakan, ayat yang betul ialah “Saya akan menjaga awak selagi saya masih sayangkan awak”.Makna06.02.2019
Mohon semakan penggunaan tagline seperti berikut: Sayangi pantai kita atau Sayangkan pantai kita Yang mana satu yang betul dan mohon penjelasan Terima kasihSalam sejahtera,

Puan,

Berdasarkan data kami, sayangi membawa maksud kausatif, iaitu menyebabkan sesuatu disayangi.

Sayangkan pula membawa maksud suka akan, gemar akan. 

Berdasarkan konteks ayat di berikan sayangi pantai kita lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa05.06.2017
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
'saya ada seekor kucing.ia berwarna hitam.saya menamai kucing saya si putih.saya sayangkan si putih.' -mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan.(Persoalan: Kenapa menamakan kucing yang hitam sebagai Putih?) Saya ada seekor kucing. Warna kucing saya hitam tetapi saya menamainya Si Putih. Saya sayang akan Si Putih.   Sayangkan untuk lisan. Untuk tulisan rasmi sayang akan.  Tatabahasa13.05.2011
Cikgu Azman sangat sayangkan pelajar di kelas ini. Adakah ayat tersebut betul atau salah dan jika salah, mengapakah salah? Apakah pembetulannya jika salah?Ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2011
WANG RINGGIT MALAYSIA RM10 DISANGKA PALSU NO SIRI QN3868229 SAYA INGIN PULANG RM10 ASLI KE BANK NEGARA MALAYSIA KERANA SAYANGKAN NEGARA DEMI KEDAULATAN NEGARA ISLAM MUSLIM SELURUH SUN IS.Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas.Lain-lain10.12.2015
Biasanya perkataan "akan" ini akan dipendekkan dan disambung pada kata adjektif yang di depannya, seperti: i.Wanita itu amat rindukan anaknya. ii. Saya amat sayangkan kamu. Daripada ditiadakan perkataan "akan", adalah lebih baik digantikan dengan perkataan "pada" atau "terhadap" (terutama antara kata diri pertama dan kedua). Mohon diperbetulkan jika ada kekhilafan daripada fakir yang kurang ilmu ini."Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa20.08.2013
Saya sayang akan nenek. Saya sayang kepada nenek. Saya sayang pada nenek. Antara ketiga-tiga ayat di atas yang mana betulYang betul ialah saya sayang akan nenek atau saya sayangkan nenek.Tatabahasa12.10.2009
kesalahan penggunaan kata sendi akan dan imbuhan –kan dalam ayat bahasa MelayuKata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 
1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya.
 

Kesalahan penggunaan kata sendi nama akan adalah seperti yang berikut:
1. Wanita itu amat rindukan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayangkan negara tempat tumpah darahnya.


Untuk maklumat lanjut tentang akhiran -kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 183 -186 
Tatabahasa23.03.2012
12

Kembali ke atas