Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sbg


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah nama "debam kuning" sesuai dipakai pd ikan spesies "Zebrasoma flavescens" yg disebut sbg "yellow tang" dlm bahasa Inggeris? Ikan ini berasal drpd keluarga Acanthuridae yg disebut sbg "debam" dlm bahasa Melayu. Ia juga mempunyai penampilan berwarna kuning, maka dgn itu dikenali sbg "debam kuning".Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies/kelompok zebrasoma flavescens belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Istilah30.05.2024
Saya ingin mencadangkan nama "labi-labi kepak" sbg terjemahan bg "flapshell turtle". PENERANGAN: "flapshell turtle" ini ialah kelompok kura-kura dalam subkeluarga Cyclanorbinae yg merangkumi genus "Cyclanorbis", "Cycloderma" dan "Lissemys". Ia tergolong dlm keluarga Trionychidae yg dikenali sbg "labi-labi" atau "softshell turtle" tetapi tidak tempatan di Asia Tenggara. Ia disebut sbg "flapshell" kerana mempunyai bahagian menyerupai cuaran atau kepak pada plastronnya. Maka, "softshell turtle" akan diterjemahkan sebagai "labi-labi" sedangkan "flapshell turtle" diterjemahkan sebagai "labi-labi kepak".Terima kasih atas padanan bahasa Melayu yang disarankan. Pihak kami mengambil perhatian tentang istilah tersebut. Saran kata boleh dibuat melalui pautan http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx.Lain-lain30.05.2024
Kata kerja 'melawat' tergolong sbg kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Saya dapati, kata kerja ini boleh berfungsi sbg kata kerja transitif, contoh 'melawat abangnya di hospital' (kata kerja melawat mesti diikuti objek) dan sebagai kata kerja tak transitif, contoh melawat ke Putrajaya. Benarkah pemahaman saya ini? Sekian, terima kasih.Kata kerja 'melawat' tergolong sebagai kata kerja transitif, seperti dalam contoh ayat 'melawat abangnya di hospital' atau 'melawat Putrajaya'. Hal ini boleh dibuktikan apabila ayat ini dipasifkan (Kata kerja transitif boleh dipasifkan) menjadi 'abangnya di hospital dilawati' dan 'Putrajaya dilawati'. Walau bagaimanapun ada juga pendapat mengatakan 'melawat' ialah kata kerja tak transitif dan boleh diikuti dengan kata sendi 'ke' seperti dalam ayat 'melawat ke Putrajaya'. Hal inilah yang menjadikan bahasa kita indah dan kadang kala tidak semua rumus boleh diterapkan dalam setiap aspek tatabahasa.Tatabahasa18.03.2011
menama atau menamakan? terima kasih

Salam sejatera,

Tiada istilah menama dalam bahasa Melayu. Hanya terdapat istilah menamakan yang bermaksud memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia menamakan Adli kepeda anaknya. Orang Melayu telah menamakan tir bagi buah catur yang berbentuk seperti kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka menemakan beberapa orang calon dalam pemilihan itu.

Tatabahasa25.11.2012
Dalam kursus pengantar untuk metematik ada menggunakan perkataan "intrinsik".apa maksud penggunaannya..

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, intrinsik didefinisikan sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.

Istilah10.07.2009
Salam sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin rujuki istilah sains yang terdapat dalam "Carian Kata" laman sesawang DBP: 1) Delivery tube = diterjemahkan sbg "Salur penghantar" 2) Glass tube = diterjemahkan sbg "Tiub kaca" Walaupun kedua-dua istilah sumber mempunyai "tube", mengapa istilah sumber yang diberikan pula adalah berbeza? Adalah istilah "salur" dan "tiub" boleh digunakan secara rambang? Sekian, terima kasih.Untuk makluman istilah digubal berdasarkan konsep. Istilah dibentuk oleh pakar bidang dan padanan bahasa Melayu ditentukan berdasarkan konsep sesuatu benda tersebut. Dalam konteks ini, bentuk, kegunaan dll akan diambil kira semasa membentuk istilah tersebut. Oleh sebab itu, sama ada salur atau tiub,  bergantung pada konsepnya dan tidak boleh ditukar ganti secara rambang kerana istilah tube mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti salur, tiub dan tabung.Istilah29.11.2011
apa maksud bagi nilai ekstrinsik dan nilai instrinsik

Berdasarkan Kamus  Dewan Edisi Keempat, ekstrinsik bermaksud berasal atau bertindak dr luar, manakala intrinsik bermaksud sbg sebahagian drpd sifat atau ciri seseorang atau sesuatu: perubahan ~ yg berlaku dlm kehidupan peribadi dan sosial pelajar menyebabkan mereka berfikiran sbg orang Islam dan bukan sbg orang Melayu yg terpengaruh dgn budaya; kekreatifan sebahagian besarnya terletak pd aspek ~, iaitu pd sikap, nilai, dan dorongan.

 

Istilah15.01.2010
saya nak faham maksud sebenar hemper. bentuk hemper dan apa perbezaannya dengan hadiah.Mengikut Kamus Dewan ialah Hamper ialah sj bakul besar berisi pelbagai barang makanan (biasanya diberikan sbg hadiah). Hadiah ialah pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll)Makna16.11.2007
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan berkenaan perkataan "memperalat" dan "memperalatkan". Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "memperalat"bermaksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)", manakala "memperalatkan" bermaksud "mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan". Namun dalam istilah "kedok" dan "berkedok", salah satu maksud yg diberikan ialah: mempergunakan atau membuat sesuatu utk menyembunyikan tujuan (hal dll) yg sebenar, berselindung (di sebalik sesuatu), menyamar (dgn memperalatkan sesuatu)menyamar (dgn memperalatkan sesuatu). Bolehkah "memperalatkan" juga digunakan untuk maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)"? Ini kerana daripada korpus dan banyak penulisan, kelihatannya perkataan "memperalatkan" lebih banyak menjurus kepada maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an)". Sekian, terima kasih.Boleh. Data korpus terkini menunjukkan penggunaan "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 58) di bawah entri alat1.

Kata terbitan "memperalatkan" juga dirakamkan bagi maksud mengadakan alat untuk (seseorang) yang diletakkan di bawah entri alat2.

Namun begitu, pengguna disarankan menggunakan "memperalat" berbanding "memperalatkan" bagi maksud "menggunakan (seseorang atau sesuatu) sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan". Kata "memperalat" bagi maksud ini telah mantap dan terakam sejak Kamus Dewan 1970.
Makna22.03.2023
patriotik - bersifat (berperasaan, bersemangat) sbg patriot: Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan ~ di kalangan penduduk tempatan. Benarkah pihak Jepun yang telah berjaya menaikan semangat patriotik di kalangan penduduk tempatan? Pada pendapat saya, kesan jajahan Jepun yang membakar semangat patriotik. Bukan pihak Jepun. Pihak Jepun hanya ingin menjajah.Pihak kami hanya menjawab pertanyaan berkenaan masalah bahasa. Kami tidak menjawab pertanyaan mengenai perkara lain seperti sejarah. Ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan hanya sebagai contoh penggunaan perkataan "patriotik".Lain-lain30.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas