Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n material for builders, bahan /perancah, aram-aram/. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata scaffolding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, Tuan yang arif, apakah yang dimaksudkan dengan scaffolding dalam bahasa Melayu? adakah perancah atau bimbingan... scaffolding model in education = model bimbingan dalam pendidikan? terima kasih.Dalam bidang Kejuruteraan scaffolding ialah perancah, manakala dalam konteks yang tersebut terjemahan yang sesuai ialah bahan.Istilah14.10.2011
Saya ingin mendapatkan bantuan istilah yang boleh digunakan dalam bahasa melayu untuk (1) scaffolding argumentation in the classroom (2) soft science (3) scaffolding in teaching and learning process Sekian terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep:

a) scaffolding argumentation in the classroom = Hujahan sokongan di dalam kelas
b) soft sciences = Ilmu Sains Ringan
c) scaffolding in teaching and learning process = Sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran  
Penyemakan dan penterjemahan06.02.2017
Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah 'scaffold' dan 'scaffolding' yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan? Scaffold dari segi istilah bermaksud perancah (dalam bidang pembinaan). Dalam konteks pendidikan, scaffold merujuk kepada bimbingan guru secara berterusan/berkala sehingga pelajar mahir sendiri tanpa bantuan guru. Terima kasih

Ada dua pilihan mengikut konteks: 

1. scaffolding - sokongan

2. instructional scaffolding - perancah pengajaran.

Namun, kami berpandangan Kementerian  Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut kerana konsep ini sudah lama juga usianya dalam dunia pendidikan.

 

Istilah21.02.2015
Assalammualaikum.... Bolehkah istilah seperti direktif, kolaborasi, kolaboratif, toleransi, non-direktif dan stail digunakan dalam penulisan buku akademik? Seperkara lagi, apakah istilah yang sesuai digunakan bagi perkataan bahasa inggeris instructional scaffolding? Bolehkah saya mengguna pakai perkataan perancah pengajaran? Terima kasih atas bantuan tuanSalam sejahtera,

Tuan,

1. Berdasarkan soalan tuan, hanya perkataan non-direktif sahaja yang tiada maksud dalam data kami. Jadi, tuan boleh gunakan perkataan yang disebutkan diatas selain perkataan non-direktif dalam penulisan buku akademik.

2. Bagi instructional scaffolding, padanan scaffolding dalam bidang Pendidikan ialah sokongan. Instructional pula bermaksud  pengajaran/pendidikan/arahan. Oleh itu, kami mencadangkan sokongan pengajaran. Namun, kami berpandangan Kementerian  Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut. Tuan boleh rujuk pihak KPM juga.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Makna09.07.2017
Saya telah menerima jawapan bagi pertanyaan tentang penggunaan istilah 'scaffolding' kepada 'perancah'. Maaf, sekarang saya menjadi keliru semula kerana contoh yang diberi lebih kepada 'perancah' dalam bidang pembinaan. Saya ingin menggunakan 'perancah' dalam konteks pendidikan yang bermaksud 'bantuan ataupun sokongan' yang diberikan kepada murid/pelajar pada peringkat awal mereka melaksanakan sesuatu tugasan. Bantuan ini akan dikurangkan atau dihentikan apabila mereka telah menguasai tugasan tersebut. Boleh atau tidak 'perancah' dgunakan dalam penulisan yang bermaksud 'bantuan ataupun sokongan'.Padanan scaffolding dalam bidang Pendidikan ialah sokongan.Istilah15.01.2014

Kembali ke atas