| Adakah penggunaan perkataan 'scam' dalam bahasa melayu betul? Dalam laporan media bahasa melayu banyak yang menggunakan perkataan 'scam'. Jika tidak betul, apakah terjemahan yang tepat bagi 'scam'? Konteks: Online scam | Penggunaan perkataan scam dalam bahasa Melayu tidak betul kerana perkataan tersebut merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud komplot. Cadangan padanan terjemahan bagi perkataan scam dalam konteks yang dimaksudkan ialah penipuan dalam talian. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2021 |
| Hi. saya ingin mendapatkan kepastion untuk terjemahan bagi fraud and scam. terima kasih. | Padanan bagi istilah fraud dalam bahasa Melayu ialah fraud dan scam ialah penipuan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang undang-undang. | Istilah | 15.08.2024 |
| Apakah terjemahan Fake News, Harassment, Hate Speech, Impersonation, Misconduct, Nudity, Scam, Spam, Violence | Untuk menyemak padanan istilah sedia ada atau perkataan umum, tuan boleh menyemak melalui pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan pautan https://prpm.dbp.gov.my/ Hanya istilah yang tiada dalam pangkalan data tersebut dicadangkan untuk diajukan melalui sistem Khidmat Nasihat Bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2025 |