Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. systematic, methodical, saintifik: his approach to the subject is hardly ~, pendekatannya thdp perkara itu tdk saintifik; a ~ analysis, analisis yg saintifik. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. of, pertaining to, concerned with science, sains: a ~ journal, jurnal sains; ~ instruments, peralatan sains; ~ knowledge, ilmu pengetahuan sains; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata scientific


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Many scientific ideas that are generally accepted by people today were formerly considered to be counterintuitive. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan counterintuitive ?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah lawan gerak hati.Istilah12.01.2017
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan renting beberapa perkataan yang tidak dijumpai di Dalam kamus dewan akan maknanya. 1. Grounded Theory 2. Trustworthiness 3. Dependability 4. Confirmability 5. Transferability 6. Scientific Rigour Mohon cadangan perkataan yang sesuai untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia. Serian terima Kasih. SOPIAN 0194892464

Cadangan padanan istilah seperti yang berikut:
1. Grounded Theory - Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan.

2. Trustworthiness - kebolehpercayaan

3. Dependability – kebergantungan/kebolehharapan

4. Confirmability – sah/kesahan

5. Transferability – keterpindahan/kebolehpindahan

6. Scientific Rigour – ketegasan saintifik

Penyemakan dan penterjemahan26.10.2015
saya ingin bertanya: yang mana satu cara tulis yang betul untuk perkataan ini: "lipas Jerman" atau "lipas German" atau "Lipas Jerman" lipas jerman "common name" kpd scientific name Blattella germanica. sekian, terima kasih.Istilah Blatella germanica dikekalkan bentuk penulisannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun untuk menambah kefahaman orang awam Blatella germanica boleh disertai (lipas jerman) dalam tanda kurung, dan jerman dalam konteks tersebut dieja dengan huruf kecil kerana tidak merujuk nama negara sama seperti selipar jepun.Tatabahasa03.04.2014
Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin mengajukan soalan berkenaan terjemahan istilah "reviewer" dalam konteks kajian saintifik? Adakah istilah "penilai semula" sesuai bagi konteks ini? Juga, adakah istilah "penilaian setara" boleh digunakan sebagai terjemahan bagi "peer review"? Antara istilah "pengulas" dan "penilai semula", yang manakah lebih sesuai bagi "reviewer of a scientific journal"? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu, iaitu penilai semula untuk reviewer dalam konteks kajian saintifik boleh diterima. Begitu juga dengan penialian setara untuk peer review. Namun begitu, kami mencadangkan “penilai semula” lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan jurnal yang belum diterbitkan, manakala “pengulas” untuk menilai jurnal yang telah diterbitkan.Penyemakan dan penterjemahan11.02.2018

Kembali ke atas