| Saya ingin tanya, patutkah nama-nama negara yang tidak mengikut ejaan fonetik bahasa melayu (seperti Scotland/Ireland/Côte d'Ivoire) dieja mengikut ejaan fonetik bahasa Melayu/diterjemah ke maksud sama dalam bahasa Melayu sepertimana Melaka dieja Malacca dalam bahasa Inggeris? Contohnya, Scotland -> Skotland/Tanah Skot (bhs Indonesia: Skotlandia, bhs Gaelik: Alba), Côte d'Ivoire -> Kot Divwar/Pantai Gading (bhs Inggeris: Ivory Coast, bhs Indonesia: Pantai Gading) | Nama negara di luar Malaysia hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan (penyesuaian ejaan) jika perlu. Nama yang digunakan hendaklah berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Nama negara dan ibu negara yang telah biasa dikenali dengan nama dalam bahasa Melayu dikekalkan untuk penggunaan dalam konteks kebangsaan. Istilah-istilah umum/rupa bumi/istilah khas yang berkaitan dengan penamaan geografi hendaklah diterjemahkan sesuai dengan konteksnya ke dalam bahasa Melayu. Contohnya Nile Valley diterjemahkan sebagai Lembah Nil, Andes Ranges sebagai Banjaran Andes dan sebagainya. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2020 |
| Fulling, also known as tucking or walking (spelled waulking in Scotland), was a step in woollen clothmaking which involves the cleansing of cloth (particularly wool) to eliminate oils, dirt, and other impurities, and to make it thicker. The worker who does the job is a fuller, tucker, or walker,[1] all of which have become common surnames. The Welsh word for a fulling mill is pandy,[2] which appears in many place-names, for example Tonypandy ("fulling mill lea"). Mohon berikan terjemahan. Terima kasih. | DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Mohon terjemah dalam bahasa Melayu terlebih dahulu dan kami akan menyemak terjemahan tersebut. | Lain-lain | 03.10.2019 |
| Patutkah perkataan "broch" dieja "brokh", "brok" atau kekal sebagai "broch"? Ia sejenis binaan yang dibuat di Scotland dari Zaman Besi. Sebutannya dalam Abjad Fonetik Antarabangsa ialah /brɒk/ atau /brɒx/. | Kata padanan dalam bahasa Melayu bagi "broch" dalam bidang Sejarah ialah "rumah kubu". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang. | Istilah | 18.07.2024 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "curling" yang merujuk kepada a game played on ice, especially in Scotland and Canada, in which large, round, flat stones are slid across the surface toward a mark. Members of a team use brooms to sweep the surface of the ice in the path of the stone to control its speed and direction. Terima kasih | Berdasarkan carian data kami, belum ada padanan bahasa Melayu bagi perkataan curling. Kami akan mengemukakan istilah tersebut dalam Jawatankuasa Istilah Semasa bagi mendapatkan padanan yang sesuai. Tuan bolehlah menggunakan perkataan tersebut dengan meletakkan tanda petik seperti "curling" atau ditulis dengan tulisan italik dalam teks berbahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2017 |
| Assalamualaikum,,, Saya ingin bertanya, apakah maksud 'Conurbation'.. Adakah ianya bermaksud 'konurbasi'..Berikan juga takrifannya. Terima kasih | 1. Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk “conurbation” ialah bandar gabungan. 2. Takrifan “conurbation” dalam Cambridge Dictionary ialah “a large area including several different cities or large towns that have all grown so much that they are now connected to each other: The largest urban conurbation in Scotland is centred around Glasgow. “. 3. Penggunaan istilah konurbasi digunakan dalam bidang biologi dan geografi. | Istilah | 20.08.2018 |