| Apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "anti-reconnaissance device/anti scout device"? "Alat anti-tinjau" atau "alat anti-perisik"? | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: anti-scout device/anti-reconnaissance device - alat anti-peninjau Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 25.12.2021 |
| Salam Sejahtera. Apakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "Ant-Scout Device/Anti-reconnaissance device"? ""Alat anti-tinjau" atau "alat anti-perisik"? | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: anti-scout device/anti-reconnaissance device - alat anti-peninjau Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 25.12.2021 |
| Saya ingin menanyakan maksud PENGAKAP (scout) High Clifford pernah mengatakan Dato' Bahaman ialah pengakap terhandal di Tanah Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan pengakap? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "pengakap" ialah 1. persatuan beruniform yang dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja, yang mengajar mereka membentuk sikap berdikari dan berperwatakan baik; 2. anggota persatuan ini; 3. orang yang mengintip seseorang atau sesuatu di sesuatu tempat untuk mencari atau mendapatkan maklumat. | Makna | 24.12.2022 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk "apex predator" untuk ayat contoh di bawah: A sudden strike turns a location scout into a race against death and a personal trainer becomes the victim of an apex predator stalking the trails. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, definisi yang diberikan ialah: n 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Berdasarkan definisi di atas, mengikut pemahaman saya, "apex predator" merujuk kepada pemangsa yang berada di puncak piramid makanan. Mohon bantuan pihak Tuan/Puan untuk memberikan padanan yang sesuai mengikut konteks ayat contoh yang diberikan di atas. Terima kasih. | Kami mencadangkan "apex predator" diterjemahkan sebagai "pemangsa puncak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 18.06.2022 |