Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sdr


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana saya boleh menjadi sebahagian daripada organisasi anda?

Sdr. Narsyatika 

Usaha Memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Oleh itu, sdr merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya. Salah satu peranan  DBP ialah memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan. Sekiranya sdr mempunyai bakat menulis, sdr dipelawa menghantar karya sdr ke Bahagian Majalah. Sekiranya sdr sebagai penulis atau karyawan sdr merupakan sebahagian daripada organisasi kami.  Walau bagaimanapun, sekiranya sdr bukan penulis atau karyawan, sdr juga berperanan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan memartabatkan bahasa kebangsaan di persada tanah air.

Lain-lain27.04.2008
Bapa sedang membaca suratkhabar. Perkataan "suratkhabar" dieja surat khabar atau suratkhabar?

Sdr. ejaan yang betul ialah surat khabar. Untuk makluman sdr. juga, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, ejaan, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain18.05.2010
PERBEZAAN ANTARA PANGSASISWA DAN PANGSARAMA?

Sdr Miza,

Sdr perlu melihat makna "pangsa" ialah satu set bilik serba lengkap yang digunakan sebagai tempat kediaman (asrama). Manakala kata "siswa" pula bermaksud penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi.  Kata "pangsasiswa atau pangsarama" tidak tepat untuk dijadikan istilah khusus dan dieja satu perkataan.   Oleh itu,  sekiranya sdr ingin  juga menggunakan kata ini bagi merujuk tempat atau bangunan, ejaannya perlu dijarakkan menjadi "Pangsa Siswa". Untuk pengetahuan sdr, banyak kata-kata yang indah dan tepat yang boleh digunakan untuk merujuk tempat. Sdr perlu merujuk Kamus Dewan atau Siri Lembar Bahasa " Nama Indah".

Tatabahasa03.03.2009
apakah panduan penulisan kertas cadangan

Salam sejahtera,

Harap maaf, soalan sdr. tidak jelas, adakah sdr. bermaksud panduan menyediakan kertas cadangan judul? Jika pertanyaan sdr. berkisarkan tentang panduan menyediakan kertas cadangan judul, maka jawapannya adalah seperti yang berikut:

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

Lain-lain17.09.2010
Sdr, apakah terjemahan ke dalam bahasa Melayu bagi istilah "project signature"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi project signature ialah pengenalan projek.Istilah08.06.2011
Sdr, tolong berikan petua tentang penggunaan perkataan "baru" dan "baharu". Kenapa "Model Baru Ekonomi", bukan Model Baharu Ekonomi, contohnya. Sekian, terima kasih.

Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Oleh itu, Model Baru/Baharu Ekonomi adalah betul.

Tatabahasa14.06.2010
Sdr, Daripada segi kesantunan berbahasa dan peristilahan, yang mana satukah yang lebih wajar digunakan: "Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya" bagi merujuk kepada OKU? Sekian Terima kasih.Yang telah mantap penggunaannya bagi OKU ialah Orang Kurang Upaya.Istilah08.06.2010
Sdr budiman, Sebuah antologi puisi berjudul Pelopor akan diterbitkan bagi memperingati dua orang tokoh yang telah berjasa kepada masyarakat. Antologi berkenaan memuatkan puisi kedua-dua tokoh serta beberapa puisi penyair lain yang mengungkapkan tema yang selari dengan perjuangan dua tokoh berkenaan. Berpandukan maklumat di atas, saya telah memberikan judul untuk antologi seperti berikut: Pelopor: Antologi Puisi Sempena Memperingati A dan B Apakah judul yang saya berikan itu tepat dari segi nahu dan memadai untuk mengungkapkan maksud yang dinyatakan di atas? Diharap tuan memberikan judul yang bersesuaian berpandukan maksud yang dinyatakan di atas. Terima kasih atas khidmat nasihat yang tuan berikan. Yang benar, Chong Merujuk makna 'pelopor' ialah  orang yang mula-mula mengusahakan atau mewujudkan sesuatu; pengasas ; perintis. Manakala 'sempena' bermaksud berkat atau tuah ; atau mimpi. Bagi memberi judul buku antologi ini, sila pastikan kedua-dua tokoh tersebut sememangnya merupakan pelopor atau pengasas sesuatu aliran atau tema. Oleh yang demikian, tajuk antologi ini hendaklah menepati  fokus dan kandungannya. Berdasarkan  tajuk yang diberikan, dicadangkan supaya kata 'sempena' digugurkan.  Cadangan tajuk : Pelopor : Antologi Memperingati Tokoh A dan B.Lain-lain26.05.2010
Bagaimanakah cara untuk memohon bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Negeri Sarawak.

Sdr,

Sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan apabila terbaca iklan jawatan kosong yang mencatatkan penempatan jawatan itu di DBP Cawangan Sarawak. Namun, selaku penjawat DBP, sdr boleh ditukarkan ke mana-mana cawangan/wilayah atau ke ibu pejabat sekiranya diperlukan.

Lain-lain31.08.2009
Salam, saya ade menulis buku dan ingin menerbitkan buku. Bagaimanakah cara dan prosedur untuk menerbitkan buku di bawah DBPSdr boleh menghantar manuskrip Sdr berserta bahan iringannya kepada:

Pengarah,
Jabatan Penerbitan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

Sdr juga diminta menyertakan butir-butir diri Sdr bersama-sama manuskrip yang dihantar.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain17.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas