| Adakah bahasa Melayu membezakan ocean dan sea dalam padanan istilah seperti Indonesia iaitu samudra (ocean) dan laut (sea)? | Salam sejahtera Tuan, Berdasarkan data kami, ocean diberi padanan laut manakala sea pula diberi padanan belayar. Tetapi, samudera atau laut boleh digunakan mengikut kesesuaian. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.03.2018 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "sea-going vessels" dalam konteks ayat di bawah: "the liability of the owners of sea-going vessels." Sama ada boleh diterjemah sebagai "vesel laut"? | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "sea-going vessels" ialah kapal. | Makna | 13.09.2021 |
| Apakah istilah terbaik untuk "'air-sea rescue". Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah penyelamat udara-laut. | Istilah | 11.02.2009 |
| Saya ada terbaca tentang "latihan sukarekawan sukan sea 2017 Kohort 10" Perkataan "KOHORT" itu adakah istilah bhs inggeris atau dalam BM? Apakah yang dimaksudkan dgn kohort? Terima kasih | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan istilah sumber bagi perkataan kohort dalam bahasa Inggeris ialah Cohort. maksud kohort dalam bidang gerontologi ialah kumpulan individu yang dilahirkan pada tempoh yang sama, tetapi tidak semestinya pada tahun yang sama manakala dalam bidang sosiologi ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan. | Makna | 13.03.2017 |
| assalammualaikum. di sini saya ada beberapa soalan yang ingin diajukan. diharap pihak tuan dapat membantu. 1. apa beza RUMPUT dengan RUMPAI? 2. SEAGRASS atau SEA GRASS? saya pernah terbaca artikel, "seagrass atau juga rumpai laut ialah... " & satu lagi artikel, "seagrass atau juga rumput laut ialah..." soalan saya yang ke-3: 3. seagrass bermakna RUMPUT LAUT atau RUMPAI LAUT? atas segala perhatian & bantuan tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. | 1. Rumput ialah sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil). Rumpai ialah rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yang tidak berguna di kawasan yang telah diusahakan. 2. Perkataan yang betul ialah sea grass ialah rumput laut, tidak ada seagrass dalam pangkalan data kami.
| Tatabahasa | 05.07.2012 |
| sea >12 nm.> | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan saudara dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara. | Lain-lain | 05.02.2010 |
| Apakah padanan perkataan bagi delocalised bagi istilah dalam bidang kimia. Contoh ayat: The valence electrons are delocalised to form a sea of electrons. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Cadangan kami delocalized diterjemahkan kepada tanpa disetempatkan sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.08.2019 |
| Adakah perkataan venue sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu? Ini kerana saya ternampak perkataan ini digunakan oleh RTM bagi satu liputan Sukan Sea baru-baru ini. Terima kasih. | Untuk makluman, pihak DBP masih mengekalkan penggunaan perkataan 'tempat' bagi merujuk kepada 'venue'. | Lain-lain | 30.08.2017 |
| Apakah terjemahan untuk "compressed" seperti dalam kes di bawah: Takrif: having a narrow shape as if flattened, especially sideways. adjective: compressed "most sea snakes have a compressed tail" Saya yakin ada padanan selain mampat dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak dapat memikirkannya. Adakah pipih sesuai ataupun ia cuma untuk permukaan leper yang melintang dan bukannya menegak seperti bentuk ekor ular laut. Terima kasih. | Mengikut konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang paling hampir bagi perkataan compressed tail ialah ekor berbentuk tirus. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.03.2015 |
| Saya telah membaca novel Pelari Muda Edisi Pelajar (2014). Saya dapati ada kekeliruan dari segi latar masa. Novel ini menceritakan tentang Sukan SEA yang ke-14 di Bangkok (berlaku sekitar tahun 1985) tetapi dalam bab akhir menceritakan tentang kontijen Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bukankah nampak ketara perbezaan latar masa di situ? KLIA mula beroperasi pada tahun 1998. Lagi pun jalan cerita dalam novel ini menunjukkan tahun-tahun 1980-an. | Salam. Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Pihak kami akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kekeliruan dari segi latar masa dalam novel tersebut sebelum pihak kami mengambil tindakan selanjutnya. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 06.01.2015 |