Apakah terjemahan sesuai untuk "chicken flavour seasoning"? Adakah perencah perisa ayam atau perencah perasa ayam lebih sesuai? Berdasarkan carian, flavour adalah perisa manakala seasoning adalah perasa. Namun sekiranya digabungkan, bunyi kurang menarik iaitu perasa perisa ayam ("direct translate" untuk chicken flavour seasoning). Jadi adakah penggunaan perencah sebagai terjemahan untuk seasoning dibolehkan? Pertanyaan saya merujuk kepada ejaan untuk pelabelan pada makanan. Sekian terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk “chicken flavoured seasoning” ialah perasa ayam. | Makna | 29.07.2022 |
Italian seasoning | Perasa Itali | Ejaan | 10.06.2013 |
Salam tuan, apa terjemahan bagi istilah 'seasoning' dalam mengilatkan(?) alat perkakas memasak? Terima kasih, tuan. | Waalaikumussalam... Maksud istilah seasoning dalam bidang kesenian, sosiologi dan kejuruteraan ialah pengeringan; perasa; pembiasaan. | Makna | 16.03.2018 |
perasa atau perisa ? | Saudara, Perkataan perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour dalam bahasa Inggeris, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 16.09.2010 |
Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup? | Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning. | Makna | 09.05.2012 |
apakah perkataan yang sesuai untuk No Added Flavourings dalam bahasa melayu 1) Tanpa bahan perisa 2) Tanpa perasa tambahan | Padanan yang tepat untuk No Added Flavourings dalam bahasa Melayu ialah tanpa perisa tambahan. Untuk makluman saudara, perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang diletakkan ke dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enak. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning. | Istilah | 24.03.2020 |