Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan ayat. 1) Kerajaan telah mula meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995 atau Kerajaan telah meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995? 2) Walau bagaimanapun, sehingga ke saat ini kerajaan masih belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan atau Walau bagaimanapun, sehingga kini kerajaan belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan? Terima kasih atas perhatian diberikan. | Kedua-dua ayat ini betul dan merupakan pilihan kepada pengguna untuk digunakan. Sedikit pembetulan: sehingga saat ini (tanpa ada "ke"). | Tatabahasa | 03.04.2019 |
Salam, benarkah ayat ini " Setiap peserta yang menyertai pendakian gunung itu bangun seawal tiga pagi". Sekian terima kasih. | Sedikit pembetulan dibuat dalam ayat tersebut, iaitu "Setiap peserta yang menyertai program mendaki gunung itu bangun seawal tiga pagi". | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam? | Salam sejahtera puan, Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam. Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam. | Makna | 01.11.2012 |
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 09.12.2011 |
Sila lihat lampiran. Harap Tuan/Puan dapat memberi jawapan seawal yang boleh. Sekian, terima kasih. | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 19.01.2012 |
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan seawal yang boleh. Sekian, terima kasih. | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 09.12.2011 |
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran fail. Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang mungkin. Sekian terima kasih. | 1. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Contoh FA: kacak sungguh. Contoh ayat FN + FA : Orang muda itu + kacak sungguh.2. Burung pucung ialah burung yang tinggi, lemah-lembut dan panjang kakinya. Sebelum menangkap ikan ataupun katak dengan paruhnya yang panjang, burung pucung akan menunggu dengan sabar untuk haiwan itu berenang di depannya. Nya berfungsi sebagai pembenda. Contoh: ...perkataan yang mengikutinya; Ejaannya ialah...3. Ialah untuk kata nama.4. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama orang ketiga. 5. Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri.Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Rusa cuba melepaskan tanduk‘nya’ daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki rusa yang kuat itu dapat menolong rusa melepaskan diri. 6. Ya. 7. Ayat yang betul adalah seperti berikut:(h) Budak itu pelukis yang handal. (i) Singa haiwan yang memakan daging.(j) Perkara itu menjadi buah mulut orang ramai. | Tatabahasa | 30.07.2011 |
Tuan/Puan, Sila lihat lampiran. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan seawal yang mungkin. Terima kash. | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 14.06.2011 |
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran untuk soalan. Harap Tuan/Puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | 1. (a) dan (b) Ganti nama diri bukan manusia boleh diwakili oleh ia. Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar, DBP., hlm. 91. 2. Boleh. 3. (a) Boleh guna dan atau lalu. (b) lalu. 4. betul. 5. (a) adalah ayam adalah kucing salah. Yang betul: ialah ayam/ialah kucing. (b) akan tetapi/ tetapi , kedua-duanya boleh digunakan. 6. Tiada beza. Jika dan Jikalau kedua-duanya bermaerti sekiranya. | Tatabahasa | 03.06.2011 |
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | 1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang. 2. Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. | Tatabahasa | 31.05.2011 |