| Salam. Saya merupakan pelajar universiti yang sedang membuat kajian tentang etimologi atau kajian tentang asal usul perkataan gimnastik, ragbi dan balet. Seperti yang kita sedia maklum, ejaan ketiga-tiga perkataan ini adalah dipinjam daripada bahasa Inggeris. Soalan saya ialah bagaimanakah saya boleh mendapat bahan-bahan/ bukti daripada DBP tentang bilakah ketiga-tiga perkataan yang telah saya senaraikan sebentar tadi wujud/ didaftar / mula digunakan di Malaysia. Sekian, terima kasih. | Perkataan gimnastik, ragbi dan balet terakam seawall penerbitan Kamus Dewan Edisi Pertama yang diterbitkan pada tahun 1970. | Tatabahasa | 16.03.2015 |