tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasan | Maksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan. | Istilah | 27.09.2018 |
Assalamualaikum wrt. wbt. ang manakah lebih tepat untuk digunakan dalam prosedur permohonan data remote sensing : i) Nyata sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan atau ii) Nyatakan kenapa imej satelit berkenaan diperlukan. Terima kasih. | Ayat yang paling tepat ialah "Nyatakan sebab-sebab imej satelit berkenaan diperlukan". | Tatabahasa | 23.05.2011 |
selamat pagi dan slam sejahtera. hari ini saya penjelasan berkenaan dengan kata ini "sHal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa" adakah perkataan ini sesuai atau tidak jika ikut contoh ayat ini. "Hal ini bertujuan setelah teks diterjemahkan dan tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks diberi tafsiran sedemikian rupa." | Ayat yang diberikan kurang gramatis dan sukar difahami maksudnya. Ayat yang boleh digunakan ialah "Setelah teks diterjemah, tafsiran harus diberikan penjelasan yang lanjut sebab-sebab teks tersebut diberi tafsiran sedemikian." | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2016 |
nyatakan sebab-sebab perlunya unsur serapan dalam bahasa melayu? | Kata serapan ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman unsur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
kenapa kita tak boleh menggunakan 'oleh kerana', sedangkan 'oleh sebab' boleh digunakan?boleh bagi sebab-sebab. | 'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. 'Kerana' juga merupakan kata sendi. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' dan bukan 'oleh kerana'. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Salam sejahtera, Bolehkah tuan/pun menerangkan sebab-sebab ayat ini dikategorikan sebagai ayat yang gramatis? Adakah frasa menjadi pelajar terbaik sekolah ialah fn? Macam mana nak tentukan kata kerja boleh hadir sebagai subjek ayat? Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Faizatun setelah kian lama. Sekian. | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu kata kerja yang mengambil tugas kata nama. Oleh itu, subjek (kata kerja) dalam ayat contoh yang diberikan ialah bersenam, manakala predikatnya ialah menyihatkan badan. Dalam ayat contoh yang diberikan frasa "menjadi pelajar terbaik sekolah", frasa kerja yang menjadi subjek ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 361. | Tatabahasa | 18.10.2012 |
apakah maksud panitia | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, panitia bermaksud jawatankuasa: membentuk satu ~ khusus utk menyelidiki sebab-sebab bencana; ~ bahasa Melayu-Indonesia. | Istilah | 19.11.2009 |
Tolong beri penerangan tentang: 1.Pembentukan ayat yang menggunakan klausa dengan tugas-tugasnya bagi ayat-ayat di bawah. 2. Sebab-sebab klausa berfungsi sebagai tugas yang tertentu. Ayat 1 Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya Ayat 2 Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. | Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat komplemen. Dalam ayat pertama, Saya menjelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Dalam ayat tersebut, ayat "bahawa pemimpin itu tidak amanah" merupakan objek kepada kata kerja transitif "menerangkan". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 508. | Tatabahasa | 23.08.2013 |
1. Saya cinta akan negara. 2. Saya cinta kepada negara. 3. Saya cinta pada negara. Harap pihak tuan dapat memberikan sebab-sebab penggunaannya betul atau salah. | Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut; 1. Saya cinta akan negara... Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. 2. Saya cinta kepada negara... Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. 3. Saya cinta pada negara Juga betul penggunaannya. | Tatabahasa | 14.08.2014 |
Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan bahasa tidak sopan atau kasar? 2. Apakah jenis-jenis bahasa tidak sopan atau kasar? 3. Apakah sebab-sebab timbulnya bahasa tidak sopan atau kasar ini? Terima kasih. | Bahasa kasar ialah bahasa yang digunakan apabila berhubung dengan teman-teman karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dalam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk lebih memahami tentang tajuk tersebut, rujuk buku yang berkaitan dengan santun bahasa, artikel atau kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 25.09.2011 |