Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bai/] | سباءيق

Definisi : 1. serupa baik dgn, sama baik dgn: penselmu tidak ~ pensel saya; 2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja: pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bai/] | سباءيق

Definisi : 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaik

Puisi
 

Dari Bau jalan ke Miri,
     Sambil menumpang kereta api;
Mana saya tahu main tak jadi,
     Sebaik hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi teduh lagi berkajang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
frasa sebaik sahaja atau sebaik saja atau sebaik-baik sahaja atau sebaik-baik saja. yang mana lebih tepat? bolehke frasa sebaik saja digunakan sebagai penanda wacana atau sebaik-baik saja lebih tepat?Frasa yang paling tepat ialah sebaik-baik sahaja.Tatabahasa20.10.2010
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. Jawaban munsyi ialah akan, tetapi saya masih tidak faham mengapakah bukan pada yang digunakan? terlihat pada wajah?? sebenarnya jawaban daripada buku rujukan ialah akan, iaitu sama pendapar dengan munsyi.Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan adapada (manusia  dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut:
a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa.
b. kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.
c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh sebab dalam ayat yang diberikan tidak menunjukkan ketiga-tiga situasi yang diberikan di atas, jawapan yang betul ialah "akan".
Tatabahasa12.02.2012
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TQjawapan yang tepat ialah akan.Tatabahasa07.02.2012
Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya. adakah penggunaan kata sebaik-baik sahaja dan selebat-lebatnya salah dalam ayat tersebut?"Sebaik-baik sahaja Luqman tiba di rumah, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya", ayat ini betul sebaik-baik bermaksud baru sahaja, manakala selebat-lebatnya menunjukkan keadaan hujan yang sangat lebat.Tatabahasa23.06.2009
1.Pihak polis telah berjaya mengumpul pelbagai maklumat sebaik sahaja kejadian itu disiarkan melalui akhbar. tuan, jawaban ialah sebaik salah, apakah pandangan munsyi? TK 2Puan Intan sering teringat-ingat peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan rumahnya dulu. tuan, jawaban yang tiada kesalahan, tetapi saya sepatutnta teringat-ingat akan, apakah pandangan tuan? TK1. Sebaik juga bermaksud sebaik-baik, namun lazimnya kita menggunakan perkataan sebaik-baik dalam konteks ayat tersebut. Lihat Kamus Dewan untuk melihat maknanya.
2. Frasa yang betul ialah "teringat-ingat akan".
Tatabahasa20.02.2013
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TKSebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan.Tatabahasa17.07.2012
Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKDengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini.Tatabahasa16.07.2012
berkilat, sebaikbersinar, terbaikLain-lain14.08.2008
Bagi menangani masalah itu semua ahli masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin. munsyi, apakah kesalahan daam ayat ini? TQDalam konteks ayat ini, perkataan semua ahli masyarakat boleh ditukar kepada masyarakat atau semua pihak. Ayat yang lebih baik ialah 'Bagi menangani masalah itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' atau ''Bagi menangani masalah itu, masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.'Tatabahasa07.02.2012
1234567

Kembali ke atas