Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya; 2. yg amat (sangat) baik: kesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaik-baiknya

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKDengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini.Tatabahasa16.07.2012
Yang mana lebih betul? "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan""Serat Diet" dan "Serat Pemakanan", kedua-duanya betul tetapi sebaik-baiknya utamakan bahasa Malaysia, justeru yang terbaik ialah "Serat Pemakanan"Tatabahasa10.10.2007
KAVER??Perkataan kaver tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berdasarkan maklumat yang diberikan penggunaan perkataan kaver terhad dalam kelompok tersebut. Walau bagaimanapun sebaik-baiknya kita bersama-sama menggunakan bahasa yang betul apatah lagi dalam paparan yang boleh dilihat oleh orang ramai.Lain-lain29.10.2012
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TKSebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan.Tatabahasa17.07.2012
Penggunaan perkataan "bagi" dan "untuk" boleh ditukar ganti kah?Penggunaan 'bagi' dan 'untuk' boleh ditukar ganti tetapi bergantung pada konteksnya. Contoh : i. Bagi kami, itulah yang sebaik-baiknya. ii. Wang untuk / bagi  membeli makanan.Tatabahasa05.05.2008
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul?

Salam sejahtera,

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

 

Lain-lain12.07.2010
Saya ingin bertanya mengenai panduan menerbitkan buku di segi bentuk manuskrip yang perlu dihantar (soft dan hardcopy), susunannya dan kaedah dan kadar royalti yang dibayar jika manuskrip itu sesuai untuk diterbitkan. Tempoh masa jawapan mengenai sama ada manuskrip itu sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Sekian, terima kasih.

Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk cetak,  dan juga dalam bentuk digital, sama ada dalam disket atau cakera padat (CD). Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan.  Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis.

Kadar royalti berbeza mengikut kategori dan peringkat buku.  Contohnya, kadar royalti buku umum 12 peratus, dan buku teks 10 peratus. Kaedah bayaran adalah 50 peratus apabila buku terbit dan 50 peratus lagi berdasarkan jualan buku.

Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh manuskrip itu diterima. Keputusan sama ada manuskrip itu sesuai diterbitkan atau tidak, akan dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh 2 bulan dari tarikh manuskrip lengkap diterima.

 

Lain-lain22.12.2009
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut?

Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut:

1.        Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih.

2.       Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar  di majalah, akhbar atau terbitan lain.

3.       Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir.

4.       Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya.

5.       Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip.

6.       Jilid manuskrip dengan kemas.

7.       Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka.

Lain-lain09.03.2011
Saya ingin menghantar manuskrip novel dan cerpen untuk majalah.soalan saya adalah seperti berikut: 1.adakah saya perlu menggunakan ejaan atau bahasa standard walaupun utk karya kreatif? 2.jika saya ingin menghantar cerpen atau puisi, bagaimana saya dapat mengetahui kesesuaian karya saya itu utk majalah2 dbp?
Salam, Puan. Dari segi ejaan, penulis karya kreatif perlu menggunakan ejaan baku. Berkaitan dengan bahasa, sebaik-baiknya penulis menggunakan bahasa standard. Sila rujuk cerpen yang disiarkan dalam majalah DBP tentang cara pengolahan bahasa standard dalam karya kreatif. Walau bagaimanapun,dalam konteks tertentu ada kebebasan seni dalam penulisan karya kreatif, antaranya termasuklah pemendekan ejaan kata lazim seperti 'nak', 'tak', 'ni', 'tu' dan sebagainya khususnya dalam dialog. Sila rujuk majalah DBP yang menyiarkan cerpen seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Puan boleh menghantar karya kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.



Lain-lain08.06.2012
Terima Kasih atas jawapan daripada pihak tuan tentang royaliti novel Desa Pingitan.Namun demikian ada beberapa perkara yang perlu saya maklumkan : 1. Pihak kami perlukan penyata bertulis daripada pihak DBP untuk urusan pihak mahkamah syariah. 2. Selepas ini jika sekiranya ada royaliti untuk novel tersebut,siapakah penama yang boleh menuntut. 3. Bolehkah pihak kami menarik balik hak mencetak daripada DBP untuk Novel tersebut?Mohon waris penulis buku Desa Pingitan menulis surat secara rasmi kepada Ketua Bahagian Harta Intelek Dewan Bahasa dan Pustaka tentang hal ini. Insya-Allah, kami akan uruskan sebaik-baiknyaLain-lain29.02.2012
123

Kembali ke atas