Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : ; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebalik

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ada udang (= berudang) di balik batu.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya menghadapi sedikit pemasalahan dalam penggunaan ". sekiranya mengakhiri ayat dengan ", soalan saya : kita perlu tutup kata (") atau . (nokhtah) dahulu. contoh ayat: "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'". atau "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'." mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk khidmat nasihat. terima kasih

Dalam keadaan yang sedemikian, ayat saudara diakhiri dengan tanda petik dan barulah noktah.

Tatabahasa12.10.2011
Tuan, saya agak keliru tentang penggunaan perkataan 'sedikit banyak' yang digunakan oleh beberapa penerbit buku di negara kita. Adakah penggunaannya betul, bukan 'sedikit sebanyak'? Begitu juga dengan penggunaan perkataan 'di sebalik kejadian itu' dan 'di balik kejadian itu'. Yang manakah paling tepat? Sekian, terima kasih.Frasa sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya membawa makna lebih kurang. Oleh itu, tiada masalah dalam penggunaan frasa mana yang lebih digemari. Hal ini tidak sama bagi frasa di balik dan di sebalik. Di balik bermaksud di belakang, manakala di sebalik bermaksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara. Frasa yang betul ialah di sebalik kejadian.Tatabahasa27.11.2012
apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan 'belia benci dadah'? perlukan jawapan segera..Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat berkaitan slogan 'Belia benci dadah'. Sila rujuk agensi yang menggunakan slogan tersebut dalam kempen/promosi kegiatan yang dianjurkan.Lain-lain13.02.2011
PERKATAAN SALINAN DIAKUI SAH ATAU SALINAN DISAHKAN BETUL MAKNANYA SAMA ATAU SEBALIK NYA DAN BERI MAKNA PERKATAAN TERSEBUT DAN PERKATAAN YANG MANA SATU BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DICOP DISALINAN2 SURAT

Salinan disahkan betul lebih tepat dalam konteks yang saudara maksudkan. Salinan diakui sah jika menurut peraturan yang ditetapkan dan salinan disahkan betul jika sama seperti dokumen asal. 

Tatabahasa05.02.2009
berikan saya contoh karangan bagi keburukan penggunaan telefon bimbit.

 Sila rujuk bahan ini terima kasih :

Sains di sebalik telefon bimbit | Saharil Hasrin Sanin | Dewan Kosmik | 01/03/2007

Teknologi telefon bimbit bergerak sepantas kilat | Faizah Faiz | Dewan Siswa | 01/09/2007

Lain-lain31.07.2008
Kalau hendak menulis kata kerja tak transitif, bagaimana kita tahu kalau satu perkataan itu perlu diberi imbuhan "ber-" ataupun "men-"? Apa hukum di sebalik penggunaan "ber-" dan "men-" di dalam kata kerja tak transitif?meN ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. beR juga membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif, sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Sila rujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Baharu hal. 146-163.




Tatabahasa24.05.2019
Assalammualaikum & Salam sejahtera Saya seorang pelajar yang sedang menuntut di sarawak. Saya ingin tahu dari manakah asal usul simpulan bahasa berikutdan apakah cerita di sebalik setiap simpulan bahasa itu. anak emas tangkai jering mati katak pisau cukur ajak-ajak ayam malu-malu kucing ringan tangan serkap jarang durian runtuh otak udang segala bantuan amat saya hargai, sekian terima kasih :)Soalan ini sudah dijawab.Lain-lain21.02.2010
polimik tentang bahasa melayu atau bahasa malaysia. apa yang sebenarnya berlaku sehingga timbul isu bahasa melayu yang di tukar menjadi bahasa malaysia? adakah peristiwa yang berlaku di sebalik pertukaran nama bahasa?Mohon agar saudara membuat rujukan pada Akhbar Berita Harian, Selasa 5 Jun 2007 tajuk - Bahasa Malaysia Untuk Semua.Lain-lain24.08.2007
tiada carian makna bagi perkataan 'allegorical', boleh tuan/puan menerbitkan makna perkataan tersebutUntuk makluman, tidak terdapat huraian untuk istilah "allegorical" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat huraian untuk istilah "allegory" dalam bidang Kesusasteraan seperti yang berikut:

1. Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri.

2. Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu.
Istilah31.08.2016
salam 1 Malaysia. saya memohon penjelasan sama ada perkataan 'disebalik' dalam ayat berikut perlu dijarakkan atau digabungkan: 1. Disebalik kejayaan pelajar di peringkat antarabangsa 2. Disebalik pelbagai pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan, tugas mengajar adalah sesuatu yang ‘unik’ berbanding dengan kerjaya yang lain terima kasih. sekian. sekian terima kasih.Untuk makluman, perkataan di sebalik yang membawa maksud pada bahagian (aspek dan sebagainya) yang terselindung atau tidak begitu ketara, mesti dieja dengan cara menjarakkan kedua-dua perkataa tersebut dan tidak boleh dirapatkan.Tatabahasa03.12.2015
12

Kembali ke atas