Salam, adakah peribahasa yang berbunyi 'seperti mentimun dengan durian'? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. | Peribahasa seperti mentimun dengan durian bermaksud orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding. | Makna | 03.09.2013 |
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQ | Setanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Apakah bedanya di antara "Menyeimbangkan" dgn "Mengimbangkan"? | Menurut Kamus Dewan, menyeimbangkan ialah menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi; Mengimbangkan pula ialah menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini; ~ kira-kira; | Tatabahasa | 12.08.2013 |