Apakah yang dimaksudkan dengan rumah sebandung | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebandng bermakna dua serangkai. Jadi untuk rumah sebandung ialah rumah dua serangkai. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 02.01.2009 |
Saya pernah terbaca iklan yang menggunakan ungkapan rumah berbandung. Ungkapan ini belum tercatat dalam Kamus Dewan. Adakah ungkapan ini sesuai digunakan? | Frasa Rumah Berbandung tiada di dalam Kamus Dewan tetapi frasa yang tepat ialah Rumah Sebandung, iaitu dua buah rumah yang dijadikan (bercantum menjadi) satu. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Assalammualaikum, Tuan/Puan. Pihak kami ingin membuat permohonan lesen iklan bunting dengan DBKL. Sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL pihak kami ingin mendapatkan pengesahan/pembetulan ejaan, bagi iklan bunting kami. Di harap pihak tuan/puan dapat membantu kami untuk memperbetulkan dari segi bahasa, ejaan & makna sebelum pihak kami terus datang ke pejabat tuan/puan untuk pengesahan selanjutnya. Di harap pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin untuk pihak kami memperbetulkan kesilapan dari segi ejaan, bahasa & makna. Sila berikan nama pegawai yang boleh pihak kami hubungi & berjumpa untuk tujuan pengesahan. Sila hubungi Pegawai Kanan Pemasaran kami iaitu Pn. Noorhayati Binti Mohamed Halimi di talian 019-281 0735. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi Semi-D ialah Rumah Berkembar atau Rumah Sebandung. Walau bagaimanapun, tuan hendaklah menghantar iklan ini untuk pengesahan bahasa melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 15.11.2011 |