"kenaikan sebanyak 2.5 peratus setahun" berdasarkan contoh ayat ini..bagaimana sebutan yang betul bagi " . " 1. kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun 2. kenaikan sebanyak dua 'point' lima peratus setahun terima kasih | Bacaan yang betul untuk keterangan tersebut ialah "Kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun" | Lain-lain | 03.11.2017 |
Assalamualaikum. Bolehkah ayat ini digunakan? Anda bersama kami tanpa mengira sebanyak mana masa diperlukan". Bolehkah "sebanyak mana" digunakan untuk ayat bukan pertanyaan ini? Kalau tidak, apakah perkataan lain selain "jumlah" kerana saya rasa "jumlah" tidak sesuai utk teks ini. Terima kasih. | Perkataan sebanyak mana boleh digunakan. Ayat yang dicadangkan ialah, Anda bersama kami tanpa mengira sebanyak mana masa yang diperlukan. | Tatabahasa | 04.11.2019 |
Pejabat ini membuat permohonan mencetak buku panduan pengurusan peperiksaan sebanyak 20 unit. Bersama ini dilampirkan buku panduan pengurusan peperiksaan. Betul ayat di atas? | Ayat yang betul ialah "Kami memohon mencetak Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan sebanyak 20 unit. Bersama-sama ini dilampirkan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan untuk tindakan selanjutnya." | Tatabahasa | 17.11.2023 |
Saya guru buku teks SMK Taman Molek Johor Bahru. Saya ingin membuat aduan berkaitan buku yang diterima pada 1 Januari 2015 bertajuk SEJAMBAK BAKTI TINGKATAN 1(F051123) tidak cukup muka surat. Jumlah buku yang bermasalah ini sebanyak 46 buah. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera memandangkan jumlah buku yang bermasalah ini melibatkan 46 orang pelajar. Sekian terima kasih. | Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.01.2015 |
Puan Faridah memasukkan dua______garam ke dalam masakannya. A. Cubit B. Jemput Apakah perbezaan antara kedua-dua pilihan di atas? Bolehkah terima kedua-dua pilihan ini? | Sejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput garam lebih banyak kuantitinya daripada secubit garam. | Makna | 26.08.2014 |
adakah perkataan bahagian piliihan raya persekutuan dan bahagian pilihan raya negeri perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh: 1) Pada masa ini terdapat sebanyak 222 bahagian pilihan raya persekutuan dan 587 bahagian pilihan raya negeri. 2) Bahagian pilihan raya persekutuan adalah untuk memilih wakil di Dewan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 3) Bahagian pilihan raya negeri adalah untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri. | Terdapat beberapa jenis penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu. Bahagian Pilihan raya dan seumpamanya dikategorikan sebagai nama institusi seperti Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang dimulakan dengan huruf besar. - Bahagian Pilihan raya Persekutuan - Bahagian Pilihan raya Negeri | Lain-lain | 08.09.2017 |
Ungkapan sedikit sebanyak wajar digantikan dengan sedikit banyak. Hal ini menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan. Tolong berikan ulasan ringkas terhadap kenyataan ini. | Merujuk kepada Kamus Dewan, ungkapan yang kebiasaannya digunakan ialah "sedikit sebanyak". Mohon agar saudara dapat memberikan sedikit maklumat apakah yang dimaksudkan dengan menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan agar pihak kami dapat berkongsi maklumat tersebut serta sumber yang saudara perolehi berkaitan perkara ini. | Tatabahasa | 14.06.2007 |
Tuan,mohon jawapan tuan adakah penggunaan di bawah konteks ini betul.ini konteks yang sediakan kepada cikgu saya.saya mahu penggunaan bahasa ini betul kerana itulah jasa saya kepada cikgu.tolong. Bahasa melayu kaya dengan ayat dan imbuhan.pada masa yang sama,penutur bahasa melayu menggunakan keindahan bahasa secara betul ia kerana itulah pengorbanan mereke pada bahasa Melayu.Syahadan saya juga menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu suguz yang berjaya berkecimpung bidang perguruan selama-lamanya sehingga 20 tahun habis dengan pengalaman manis adapun sebarang peristiwa pahit kata orang tua-tua tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.Saya juga berharap bahawa,anda sudah memanfaatkan cetusan ilmu sebaik-baiknya dibekalkan kepada sebanyak 100 000 pelajar yang hendak belajar kepada cikgu.jutaan terima kasih yang kehormat cikgu suguz. | Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Penutur bahasa Melayu seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman jutaan terima kasih kepada cikgu Suguz atas jasa dan bakti dalam mencurahkan ilmu kepada saya. Cikgu Suguz yang telah berkecimpung dalam bidang perguruan selama 20 tahun telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan seperti kata orang tua-tua, tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu. Saya amat menghargai segala ilmu yang telah dicurahkan oleh cikgu. Saya juga berharap, pelajar-pelajar lain juga mendapat manfaat sebaik-baiknya. Sekali lagi, ucapan terima kasih kepada Cikgu Suguz. | Tatabahasa | 20.06.2018 |
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih. | Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan. | Tatabahasa | 16.08.2012 |
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. | Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 16.06.2014 |