Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanyak itu

Peribahasa

540

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Hujan berpohon, panas berasal

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah membawa? apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan membawa jika membawa adalah salah.Merujuk Kamus Dewan antara maksud membawa ialah mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah membawa perubahan sebanyak itu. Berdasarkan keterangan makna dan contoh tersebut, ayat industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita, betul cuma jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah memberi, padahal memberi juga bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan.Tatabahasa08.07.2008
Berapakah perkataan yang dikira dalam "selain itu" dan "di samping itu"?

"Selain itu" sebanyak dua perkataan dan "di samping itu" sebanyak tiga perkataan.

Lain-lain09.07.2009
Apa perbezaan istilah pepasangan dan pemasangan. Betulkah ayat saya, " Sebanyak 2 pepasangan sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan.

Pepasangan tiada dalam rujukan kami. Ayat yang dicadangkan ialah sebanyak dua set atau dua pasang sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan.

Tatabahasa20.11.2008
Adakah betul untuk menggunakkan ungkapan capai hati? Terima kasihUngkapan capai hati tidak terdapat dalam data kami.

Dalam Kamus Dewan, capai bermaksud ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dengan menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dengan, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dengan bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yang bersahaja itu, tetapi dengan bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya untuk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yang sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh.
Tatabahasa16.09.2013
Salam Sejahtera: Tuan: Soalan 1: Mengapakah perkataan "guris" tidak terdapat dalam kamus? Soalan 2: Bagaimanakah membezakan penggunaan antara "kian" dan ", "makin". Terima Kasih

1. Perkataan guris tidak terdapat dalam Kamus Dewan kerana ejaan yang betul ialah gores. Sila lihat Kamus Dewan di bawah entri gores.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kian mempunyai 2 maksud, iaitu 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas, manakala makin pula bermaksud  1. = semakin menjadi lebih, kian bertambah: hati Maskam ~ meradang; lanun-lanun itu ~ buas; 2. sl lebih-lebih lagi, apa lagi. Berdasarkan huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa kian dan makin ialah perkara yang sama dan boleh bertukar ganti. 

Istilah25.08.2009
Salam sejahtera... 1. Adakah perkataan "keliru" tergolong dalam kata adjektif atau kata kerja ? 2. Apakah perbezaan penggunaan kata "boleh" dan "dapat" ? 3. "Harjit gagal dalam ujian itu kerana tidak menduduki peperiksaan". Yang manakah klausa utama dalam ayat tersebut ? Terima kasih.

1. Perkataan keliru boleh tergolong dalam kata adjektif dan juga kata kerja.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, boleh bermaksud 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk; manakala dapat bermaksud 1. boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha.

3. Klausa utama dalam ayat itu ialah Harjit gagal dalam ujian itu. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman433. 

Tatabahasa23.10.2009
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasihSejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula.Tatabahasa14.04.2010
Maaf, saya ingin bertanya. Nenek Salwa melayur sayur mengkuang itu dengan bara api dengan berhati-hati. Adakah betul penggunaan dengan tersebut? Bolehkah kita menggunakan "dengan" di dalam ayat sebanyak dua kali? Mohon penjelasan pihak DBP.Ayat tersebut betul dan perkataan dengan boleh digunakan sebanyak dua kali dalam satu ayat.Tatabahasa30.07.2020
Tuan/Puan, Apakah terdapat sebarang perbezaan MAKNA ayat bagi 2 pernyataan di bawah: 1. BAGI TEMPOH tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 23 projek pembangunan ..........; 2. PADA tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 23 projek pembangunan ............ Pernyataan manakah yang tepat untuk digunakan? Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah pada.

Pada tahun 2011 hingga 2013, sebanyak 23 projek pembangunan...

Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.

Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina.

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa28.02.2014
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Tatabahasa08.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas