Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul beda atau beza,sebarangan atau sembarangan1. Ejaan yang betul ialah beza. 2. Kedua-duanyabetul: sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi.Ejaan15.03.2013
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud  apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.01.2011
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.)

1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam.

2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan.

3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 

4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 

5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat ....

Tatabahasa06.01.2011
Adakah perkataan "sebarang" dan "sembarang" mempunyai penggunaan yang sama? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan ini tepat dalam ayat-ayat di bawah? 1. Kerajaan tidak akan memperkenalkan sebarang/sembarang cukai baharu pada tahun ini. 2. Masyarakat tidak dibenarkan untuk menyebarkan sebarang/sembarang maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebarang bermaksud
a) bukan yang biasa sahaja;
b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain);
c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu. 

Manakala sembarang pula bermaksud apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang.

Oleh itu, dalam ayat ini tidak perlu digunakan perkataan "sebarang" atau "sembarang".

Ayat yang tepat: 
1. Kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu pada tahun ini.
2. Masyarakat tidak dibenarkan untuk menyebarkan maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Lain-lain09.09.2021

Kembali ke atas