Ibu menghadiahi anak sebatang pen Kalau dipasifkan jawapannya... 1. Anak dihadiahi oleh ibunya sebatang pen 2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.. Betul ke salah?? Terima kasih | 1. Anak dihadiahi sebatang pen oleh ibunya. 2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya. | Tatabahasa | 05.03.2019 |
penjodoh bilangan untuk sebatang serai | Penjodoh bilangan untuk sebatang serai ialah sebatang (spt tertera pada soalan saudara) | Tatabahasa | 31.08.2007 |
saya ingin tanya penggunaan penjodoh bilangan untuk pokok dan raket badminton (sebuah atau sebatang) | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang pokok dan sebatang raket badminton. | Lain-lain | 23.05.2018 |
salam, yang manakah betul, 1.'sebatang timun atau sebiji timun'? 2.'sebatang pisang atau sebiji pisang'? 3. 'sebatang terung atau sebiji terung'? apakah penggunaan yang sebetulnya untuk penjodoh bilangan 'batang' dan 'biji'. terima kasih | Mengikut data kami, penjodoh bilangan yang sesuai ialah 1. sebiji timun 2. sebiji pisang 3. sebiji terung 4. sebatang pohon pisang. Untuk makluman puan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. | Lain-lain | 08.02.2017 |
Sebatang paku atau sebilah paku. Yang mana satu betul? Tolong beri penjelasan. Begitu juga dengan sebilah kapak, sebatang cangkul. Terima kasih atas pertolongan. | Jawapan yang betul ialah sebatang paku, batang - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. Lazimnya dalam penggunaan harian sebatang paku yang digunakan. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
macam mana hendak pasifkan ayat aktif berikut : Ayah menghadiahi saya sebatang pen. Saya dihadiahi oleh ayah sebatang pen. betulkah? atau Saya dihadiahi sebatang pen oleh ayah. Yang mana satukah yang lebih tepat? atau kedua-duanya diterima? | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Jadi ayat pasifnya ialah sebatang pen dihadiahkan oleh ayah kepada saya. Terima kasih | Tatabahasa | 09.05.2007 |
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya. | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan. | Tatabahasa | 06.04.2013 |
Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan untuk skop dan cangkul? Terima kasih. | Penjodoh bilangan untuk skop dan cangkul ialah batang (sebatang skop, sebatang cangkul). | Tatabahasa | 04.09.2019 |
yang mana satu betul A) saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya B) saya menghadiahkan ayah saya sebatang pen Terma kasih | Ayat yang betul ialah jawapan A. Saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku... | 1. sebatang cangkul, sebatang jarum. 2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll). tali atau benang. Buku pula penjodoh bilangan untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang. | Tatabahasa | 10.08.2014 |