Istilah Bahasa Malaysia diperlukan bagi perkataan kimia English di bawah. 1) Stannous | Dalam istilah Kimia stannous compound yang membawa maksud sebatian stanus. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
Betul atau bolehkan perkataan KOMPAUN digunakan bagi tujuan merujuk kepada kawasan? Contoh penggunaan perkataan KOMPAUN : Situasi cemas di kompaun hospital. | Kompaun bermaksud denda dan dalam bidang kimia dan perubatan membawa maksud majmuk atau sebatian. Tidak ada maksud kompaun yang boleh disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.07.2015 |
Salam sejahtera Tuan. "Analisa" atau "Analisis" betul? Jika kedua-duanya betul, apakah perbezaan antara kedua-duanya dan mohon berikan contoh ayat. sekian, terima kasih. | Perkataan yang betul ialah “analisis” yang dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu analysis yang membawa maksud: 1. Penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara untuk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dan lain-lain) atau ujian. 2. Pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dengan kaedah kimia. Contoh ayat, ”Satu analisis tentang tindak-tanduk pengguna telah dilaksanakan.” | Ejaan | 05.02.2020 |