Untuk soalan sebegini, yang manakah jawapan yang betul? "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu? atau "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia, apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu dan adakah masih sama seperti dahulu?" Terima Kasih. | Jawapan yang betul ialah, "Adakah ChatGPT akan membunuh semua kemahiran manusia? Apa yang akan terjadi dengan nilai kesarjanaan yang sering diperjuangkan bagi sebuah bidang ilmu? Adakah masih sama seperti dahulu?”. | Tatabahasa | 13.04.2023 |
Dengan cara sebegini, sudah tentu anak-anak tidak akan berasa keseorangan semasa melalui segala kesukaran dalam hidup . Adakah penggunaan dengan cara sebegini diawal ayat dibenarkan ? | Salam sejahtera, Ayat di atas betul penggunaan kata "dengan". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 07.06.2017 |
Pertanyaan untuk gelaran sebegini, Dato' Prof. Emeritus Dr. Adakah gelaran Prof. Emeritus tidak bersekali dengan Dr.? Contoh: Prof. Emeritus Dato' Dr. atau Prof. Emeritus Dr. Dato' jika gelaran dato di belakang? Contoh lain Prof. Dato' Dr. atau Prof. Dr. Dato' Prof. Madya Dato' Dr. atau Prof. Madya Dr. Dato' Terima Kasih. | Merujuk kepada “Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 – Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, kaedah penggunaan panggilan hormat untuk ahli akademik adalah seperti yang berikut: a) YBrs. Dr. diikuti dengan nama b) YBrs. Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama c) YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama d) YBhg. Tan Sri Prof. Dr. diikuti dengan nama Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara boleh merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.
| Lain-lain | 28.04.2022 |
Saya mendapat soalan tatabahasa sebegini: Mereka bakal menjadi perintis bagi doktor-doktor Melayu _______ (lulus) Universiti Kebangsaan. Adakah jawapannya lulusan atau kelulusan, atau kedua-duanya diterima pakai? Terima kasih. | Jawapan yang lebih sesuai ialah lulusan. | Tatabahasa | 08.10.2015 |
Adakah cara penulisan bibliografi sebegini betul? Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. | Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan. 1. Buku: Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Karya Editor: Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Majalah Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977. 4. Kertas Kerja Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. Untuk lebih jelas, boleh rujuk Buku Gaya Dewan, halaman 170. | Lain-lain | 08.07.2015 |
memboros masa. penggunaan 'memboros' sebegini boleh diterima? | Perkataan boros tidak sesuai digunakan.Frasa yang betul ialah membazir masa. | Makna | 16.08.2013 |
Bolehkah Ayat Bahasa Melayu dimulakan sebegini’Ibu dan saya…’ | Frasa tersebut boleh digunakan dalam pembinaan ayat. | Tatabahasa | 25.07.2024 |
Hari ini dingin. Boleh digunakan ayat sebegini? | Ayat ini tidak gramatis, ayat ini perlu dilengkapkan menjadi hari ini masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa dingin sekali. | Tatabahasa | 01.10.2012 |
Mohon pengesahan ejaan. bagaimana menulis perkataan 'putera puteri'. Adakah sebegini atau perlukan tanda sempang `putera-puteri'? | Putera puteri. | Lain-lain | 06.08.2018 |
"Sejak abad ke abad" Bolehkah sejak dan ke digunakan sebegini atau wajib membubuh "dari abad ke abad"? | Frasa yang betul ialah "dari abad ke abad" dan jika perkataan sejak hendak digunakan, frasa yang betul ialah "sejak abad ke-19 ...". | Tatabahasa | 29.10.2012 |