Penyanyi baharu itu berusaha untuk menyanyikan lagu bernada tinggi itu dengan ____ baik. A) betul B) paling C)sebegitu D) sehabis. soalan saya bagaimanakah cara hendak memilih jawapan bagi soalan sebegini? | c) Sebegitu baik | Tatabahasa | 04.07.2008 |
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu? | Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Mengapakah melikwidasikan dieja sebegitu dan bukannya melikuidasikan walhal Kamus Besar Bahasa Indonesia mengejakannya dengan ui bukan wi? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat yang dapat kami berikan berhubung dengan pertanyaan tuan. Kamus Dewan menyenaraikan maklumat tentang makna kata dan contoh penggunaan ayat, namun tidak ada maklumat tentang pembentukan kata. | Lain-lain | 23.06.2018 |
Mohon pertanyaan berkaitan penulisan perkataan Maqasid al-Syariah - adakah perlu italic? betulkah ejaan sebegitu? | Ejaannya betul dan tidak perlu diitalikkan | Ejaan | 07.11.2018 |
tuan, 1. adakah 'kami sekeluarga', 'kami semua' salah? Jika salah mengapa tidak tulis sebegitu? 2. bolehkah kita guna 'menengok televisyen'? terima kasih. | 1. Ungkapan kami sekeluarga, kami semuabetul kerana kami ialah kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan jamak. 2. Menengok televisyen tidak tepat yang betul ialah menonton televisyen, walau bagaimanapun menengok cerita Hang Tuah di televisyen, betul kerana menengok juga bermaksud melihat sesuatu pertunjukan atau menonton. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Memandangkan perkataan serapan Arab seperti taasub, taaruf dan taakul dieja sebegitu kerana asal huruf Ain adalah berbaris hidup, yakni bukan menjadi ejaan *taksub, *takruf, dan takkul, mengapakah perkataan takluk tidak dieja taaluk? | Bagi kata serapan Arab, ejaan kata dalam bahasa Melayu telah diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2001 dan 2016). Antara keselarasan ejaan baharu ialah kata takluk, takrif, takzim, takziah, takwil dan sebagainya. Kebanyakan kata tersebut telah mantap ejaan dan sebutannya dalam bahasa Melayu, serta digunakan secara meluas dalam korpus penggunaan bahasa kita. Untuk rujukan yang terbaharu, sila dapatkan kamus terbitan DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Ejaan | 10.08.2023 |
Tuan, Terdapat penggunaan perkataan "kerajaan" yang dieja "Kerajaan" termasuk dalam surat pekeliling kerajaan. Adakah perlu dieja sebegitu atau dieja dengan huruf kecil sahaja iaitu "kerajaan"? Terima kasih. | Pada umumnya kerajaan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk/mewakili Kerajaan Malaysia; contohnya dalam ayat pertama disebut Kerajaan Malaysia tetapi dalam ayat seterusnya hanya ditulis Kerajaan sahaja. | Ejaan | 21.09.2012 |
Saya ingin mencari senarai perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling kerap digunakan secara lisan dan dalam penulisan. Adakah terdapat senarai sebegitu dihasilkan di DBP? | Puan Marina, Untuk mencari senarai perkataan dalam Bahasa Melayu, puan boleh merujuk atau membaca Kamus Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 19.05.2009 |
Salam...yang mana yang betul... Saya mendoakan agar ibunya cepat sihat. atau... Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat. Kenapa jawapan itu sebegitu. | Ayat yang betul ialah "Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat." Kata kerja transitif "mendoakan" mesti diikuti oleh objek, iaitu ibunya. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
Salam sejahtera, adakah ucapan hari perayaan dieja seperti "Selamat Hari Raya", "Selamat Hari Deepavali" dan sebagainya? Adakah "Selamat hari jadi" boleh dieja sebegitu? | "Selamat Hari Raya" dan "Selamat Hari Deepavali" ialah ungkapan khusus bagi perayaan dan lazimnya merupakan gabungan dengan kata nama khas, seperti Deepavali dan Hari Raya (Aidilfitri), manakala "Selamat hari jadi" ialah ungkapan umum sama seperti "Selamat pagi". | Tatabahasa | 08.04.2023 |