Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Pusara Pak Long, Mak Long dan sepupu mereka berdua dikebumikan secara sebelah-sebelah." Betulkah ayat ini?Cadangan ayat yang betul ialah: 
1. Jenazah Pak Long dan Mak Long dikebumikan bersebelahan dengan sepupunya. 
2. Pusara Pak Long dan Mak Long bersebelahan dengan sepupunya. 
Tatabahasa25.03.2021
Adakah sebelah sama makna dengan tepi atau sisi?Kata "Sebelah, Tepi dan Sisi" mempunyai maksud yang sama, iaitu dekat, samping, di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu.Makna11.04.2022
'SILA GUNA PINTU DI SEBELAH' @ 'SILA GUNAKAN PINTU DI SEBELAH' YANG MANA SATU YANG TEPAT PENGGUNAAN TATABAHASANYA?'SILA GUNAKAN PINTU DI SEBELAH'  lebih tepat.Tatabahasa13.11.2008
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi".Penggunaan peribahasa  "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh"Lain-lain24.12.2015
Ke sebelah yang manakah saya perlu membelok? Ayat ini betul ke?

Ayat yang betul ialah “Ke arah manakah yang saya perlu tuju?

Tatabahasa12.11.2024
Beza mendukung dengan mendokongMendukung bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya atau disebut juga menggendong. Tidak ada kata terbitan mendokong dan dokong ialah sejenis buah-buahan.Makna06.07.2011
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya.  Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah.  Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga.Makna10.03.2014
apakah maksud pertandingan bola sepak tujuh sebelahPertandingan bole sepak tujuh sebelah merupakan salah satu jenis permain bola sepak.  Sila hubungi pihak yang arif mengenai sukan tersebut seperti  Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut.Tatabahasa30.10.2012
erti kata 'dasar'

Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll),  3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi,  8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya,  10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna12.03.2010
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi penggunaan penjodoh bilangan untuk anggota badan yang merujuk kepada salah satu anggota badan yang berpasangan seperti tangan, kaki, mata dan telinga. Apakah kata 'sebelah' merupakan penjodoh bilangan untuk menunjukkan kuantiti yang bermaksud satu daripada dua anggota tersebut? Contoh: Dia kehilangan sebelah kaki. Sekian.Merujuk Kamus Dewan sebelah bermaksud setengah, separuh atau sebahagian (daripada sepasang, dua benda) dan bagi benda yang berpasangan sebelah atau sebahagian daripadanya lazimnya merujuk kepada satu daripada pasangan benda yang tersebut.Tatabahasa01.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas