Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah.me.nye.be.lah] | سبله -مڽبله

Definisi : pd kedua-dua belah (sisi, pinggir): keriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; gambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah.me.nye.be.lah] | سبله -مڽبله

Definisi : pd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya: Kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah-menyebelah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin mengetahui asal usul perkataan Tetangga. Kata asas ialah tangga. adakah maksudnya satu tangga. Mungkin rumah kampung mengunakan satu tangga untuk jiran bersebelahan. Tolong jelaskan bagi saya.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, tetangga bermaksud orang yang tinggal di sebelah-menyebelah rumah kita atau yangg tinggal berdekatan dgn kita; jiran. 

Tangga pula bermaksud:
 1.Tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dan lain-lain 2. Alat untuk tumpuan memanjat (takuk pada pokok, sigai, dan lain-lain), injak-injak; 3. bahagi­an daripada sesuatu yang bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan (Kamus Dewan Edisi Keempat) 
Lain-lain14.05.2018

Kembali ke atas