Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gambarajah dan huraian struktur hirarki mahkamah-mahkamah Malaysia dari sebelum kemerdekaan, sebelum Januari 1987, sehingga Jun 1994 dan yang terkini?Sila rujuk buku-buku tentang mahkamah di Malaysia atau Jabatan Peguam Negara.Lain-lain26.10.2007
Sebelum ke pasar raya, ibu akan menulis senarai barangan yang ingin dibeli. adakah apa-apa kesalahan yang terdapat dlm ayat ini??Ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa16.07.2013
Sebelum kata bilangan (rujuk kata bilangan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga m/s 287), kata pemeri yang baku digunakan, "ialah" atau "adalah"?; dan mengapa? Sekian, terima kasih.Tidak perlu kata pemeri digunakan di hadapan kata bilangan contohnya harga barang itu dua puluh ringgit.
Kata pemeri ialah diikuti oleh frasa nama, manakala kata pemeri adalah diikuti oleh frasa adjektif atau frasa sendi nama.
Tatabahasa11.10.2012
"Sebelum ini telah disebut bahawa setiap huruf yang terdapat dalam al-Quran sudah semestinya membawa maksud dan hikmah yang tersendiri". "telah disebut" atau "telah disebutkan" dalam ayat di atas? bagaimana nak tahu bila nak letak imbuhan "kan" atau tidak? Dan secara umumnya, ayat di atas betul atau tidak keseluruhannya? terima kasih.

Kata terbitan disebut adalah betul. Awalan di-...  lazimnya membentuk kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga; manakala apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Untuk lebih memahami kedua-dua tajuk ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 176 dan 202. Disebut bermaksud dikatakan atau diceritakan. Dalam penulisan ilmiah penggunaan kata diterangkan dan dijelaskan adalah lebih sesuai berbanding dengan kata disebut itu.

Tatabahasa11.02.2011
Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kerana saya telah menanyakan sesuatu di bahagian Pantau Tegur. Saya baru menyedarinya, sebetulnya di ruangan ini. Begini, gelaran DYMM itu boleh minta dijelaskan? Saya bukanlah Pakar Bahasa atau ingin memprotes Institusi Di- Raja, cuma ingin minta penjelasan. Hal ini kerana boleh jadi salah faham. Sekian, terima kasih.Gelaran DYMM ialah kependekan bagi Duli Yang Maha Mulia yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong.Lain-lain18.08.2010
Sebelum saudara/i dihujani dengan soalan soalan yang saya bangkitkan, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Sathya Seelan A/l Armugam, pelajar Tingkatan 4, High School Bukit MErtajam. Soalan -soalan saya adalah yang berikut ;- 1. Adakah kamus yang umum untuk peribahasa telah diwujudkan oleh DBP ? 2. Saudara, bolehkah saudara memberikan saya alasan mengapa kata - kata yang terdapat dalam Kamus Dewan terlalu obses DALAM penterjemahaan kata secara terang daripada perkataan Bahasa Inggeris ? 3. Kalau saya dapat mengarang karangan / sajak yang agak menarik, ke manakah saya boleh menghantarkannya ? Saya akan berasa gembira jika saudar/i menjelaskan kemusykilan bahasa .Sdr. boleh rujuk Kamus Simpulan Bahasa Edisis Kedua atau Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman sdr. DBP bukanlah sebuah organisasi yang memberikan keutamaan kepada kata dalam bahasa Inggeris. Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama pengguna bahasa Melayu yang disusun berdasarkan kajian korpus. Sesetengah kata bahasa Inggeris yang diserapkan dalam bahasa Melayu melalui penyesuaian ejaan sudah pun diterima dan digunakan oleh masyarakat. Tujuan penyerapan ini adalah untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu dan ini tidak bermakna kata dalam bahasa Melayu digugurkan.  Kata-kata ini masih digunkan bergantung pada konteks dan tujuan penggunaan, cthnya bagi penggunaan umum kata dalam bahasa Melayu digunakan , bagi konteks teknikal dan lebih  ilmiah kata serapan bolehlah dipilih. Tentang sajak yang dihasilkan sdr. bolehlah cuba menghubungi Jabatan Sastera.  Lain-lain19.04.2008
Sebelum ini saya ada mengemukakan soalan tentang Ayat Aktif dengan Kata Kerja Transitif. Pihak DBP menjelaskan penggunaan objek dengan Kata Kerja Transitif boleh digugurkan sebagaimana ayat ini: Ayah sedang makan di dapur. Adakah terdapat keadaan-keadaan tertentu di mana penggunaan objek boleh digugurkan untuk Kata Kerja Transitif ? Terima Kasih.Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 487,ada lagi segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sama ada berbentuk tunggal atau majmuk. Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Lazimnya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif. Tatabahasa31.03.2008
`SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN ` ATAU SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGI. Semua ini banyak terdapat di Surau-surau dan Masjid-Masjid. Yang mana satu betul...Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", walau bagaimanpun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.04.2012
Hakim mencuci tangannya sebelum makan. tolong tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif untuk saya. terima kasihHakim mencuci tangannya sebelum makan. Ayat yang betul ialah 'Hakim mencuci tangan sebelum makan.' Ayat pasif bagi ayat tersebut ialah Tangan Hakim dicuci sebelum makan.Tatabahasa27.03.2007
salam sejahtera, Saya ingin kepastian tentang pengguanaan tanda koma(,) sebelum perkataan 'dan'. Adakah setiap kali sebelum 'dan' mesti diletak koma atau terdapat kriteria tertentu yang boleh dijadikan sebagai panduan sama ada perlu letak koma atau tidak. Adakah menjadi kesalahan jika tidak meletak koma sebelum 'dan'?Penggunaan tanda koma sebelum "dan" lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori, contohnya Emak ke kedai membeli, ikan, sotong, dan surat khabar.Tatabahasa01.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas