Mana satukah ayat berikut benar? 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. 2. Mengenal integer melalui situasi sebenar. Terima kasih | Ayat yang paling tepat ialah 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi perkataan kain sampin atau kain samping.Diantara dua istilah tersebut mana satu perkataan yang sebenar? | Perkataan yang sebenar ialah kain samping. | Lain-lain | 25.01.2007 |
ejaan sebenar bagi jogaton...jogathon | Untuk makluman tuan, perkataan jogathon atau jogaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan jogathon dieja sebagai jogaton dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 03.09.2013 |
terjemahan sebenar KAD TOUCH N GO dalam Bahasa Melayu??? | Untuk makluman belum ada istilah khusus dalam pangkalan data kami untuk "KAD TOUCH N GO." Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang kami cadangkan ialah KAD SENTUH DAN JALAN atau KAD SENTUH DAN LALU. | Istilah | 06.09.2012 |
ejaan sebenar untuk gantinama Allah 1. hambanya 2. hambaNya 3. hamba-Nya | Ejaan yang betul ialah hamba-Nya. | Ejaan | 04.07.2012 |
ejaan sebenar : Saint Mark dalam tulisan jawi | Untuk makluman tuan, ejaan Jawi khusus terpakai kepada perkataan Melayu kerana tulisan Jawi ialah tulisan dalam bahasa Melayu. Berpegang kepada panduan kata pinjaman/bahasa Inggeris yang dieja mengiku sebutan cadangan kami ialah سين ت ما ر ك. | Ejaan | 03.05.2012 |
maksud sebenar bagi perkataan optima | Yang betul ialah optimum. Maknanya kedudukan (jumlah, paras, dll.) yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan, dll. | Makna | 23.11.2011 |
ejaan sebenar pra sekolah atau prasekolah? | Ejaan yang betul ialah prasekolah. | Lain-lain | 19.07.2010 |
MAKSUD SEBENAR PERKATAAN WAZIR | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, wazir bermaksud sl menteri, perdana menteri. | Makna | 26.06.2010 |
Perkataan Sebenar Mak Yong atau Mak Yung | Saudara Warisna, Perkataan yang betul ialah Makyung. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 24.07.2009 |