Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bunting padi? Apakah bentuk betis yang cantik sekali? Bolehkah DBP berikan perihalan bentuk bunting padi? | Menurut Kamus Dewan, bunting padi bermaksud bentuk betis yang cantik sekali. Untuk lebih jelas berkenaan bentuk bunting padi, tuan/puan boleh merujuk kepada visual padi yang telah matang. | Lain-lain | 22.06.2018 |
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nombor siri? adakah ia bermaksud nombor kemasukan, rekod atau pendaftaran | Nombor siri ialah nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya nombor yang dicetak pada wang kertas. | Makna | 18.05.2011 |
Maaf sebenarnya soalan saya adalah 'plasma total bilirubin' iaitu total bilirubin dalam plasma, adakah istilah bahasa malaysia untuk total bilirubin, total cholesterol? terima kasih | Untuk makluman, istilah plasma total bilirubin, total bilirubin dan total cholesterol tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, dalam bidang Perubatan terdapat beberapa padanan istilah untuk total, iaitu jumlah, keseluruhan, total dan lengkap. Oleh itu, cadangan istilah untuk total bilirubin ialah jumlah bilirubin dan istilah untuk total cholesterol ialah jumlah kolesterol. | Istilah | 19.04.2011 |
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli Yahaya | Kumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor. | Lain-lain | 07.10.2008 |
Salam sejahtera, sebenarnya saya ingin mencari jawapan bagi perkataan "hari" di hadapan perayaan, sama ada patut dalam huruf besar atau huruf kecil. Tapi kelihatannya tiada jawapan yang tepat telah diberikan. Jadi harap pihak PRPM boleh menjawab persoalan ini. Terima kasih banyak-banyak. | Salam sejahtera, Hari perayaan merupakan kata nama khas, seperti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, perlu dieja dengan huruf besar. Bagi perayaan seperti Krismas dan Deepavali, tidak perlu ada perkataan hari di hadapannya kerana sudah merujuk kepada hari perayaan. | Lain-lain | 14.12.2017 |
Salam sejahtera, sebenarnya keserasian dan ketepatan sesuatu istilah itu tidak perlu dijadikan masalah kerana bukan semua istilah asing itu mencapai ketepatan pada maksudnya kerana istilah "dinosaur" dalam bahasa Inggeris juga istilah pinjaman daripada bahasa Greek yang bermaksud "cicak berat", "cicak yang menggerunkan" dan sebagainya. Jadi saya rasa maksud daripada istilah itu juga kemungkinan tidak mencapai maksud asal kerana cicak bukanlah seberat gajah dan tidak pula menggerunkan seperti ular atau singa. Sedangkan bentuk dan ciri jasmani cicak dengan bandingan yang dibuat adalah jauh berbeza. Itu menunjukkan bukan semua istilah bahasa asing itu mencapai ketepatan pada maksud dan bahasanya. Banyak perkataan Melayu yang boleh digunakan untuk menterjemahkan bahasa Inggeris dan kita patut mencipta istilah kita sendiri tanpa meminjam banyak daripada istilah asing. Saya sekali lagi berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan cadangan saya demi kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. Insya ALLAH, amin. | Kami ambil maklum cadangan dan pandangan tuan. Perkara ini akan dipanjangkan untuk makluman pihak yang berwenang di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi serta Bahagian Perkamusan DBP. | Lain-lain | 16.11.2015 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CK | Ayat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Sebenarnya soalan 74 yang telah saya kemukakan tentang' meningkatkan', 'mempertingkat', dan mempertingkatkan' berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1695. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan ini digunakan. Jika ketiga-tiga perkataan ini digunakan , apakah perbezaan makna bagi 'mempertingkat' dengan 'mempertingkatkan'? ( terdapat dalam contoh ayat bagi peningkatan). | Saudara, Bentuk yang betul ialah mempertingkatkan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang saudara rujuk tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi bentuk mempertingkatkan yang bermakna menjadikan lebih tinggi atau lebih besar. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
ciri-ciri karya realisme dalam sastera kanak-kanak | realisme merupakan salah satu gaya seni atau sastera yang di dalamnya benda-benda, perkara atau peristiwa, terutamanya yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan secara sebenarnya seperti yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan. Oleh yang demikian, untuk mengetahui sama ada ciri-ciri realisme ini ada atau tidak dalam sastera kanak-kanak, saudara mestilah membaca banyak buku kanak-kanak, kerana sastera kanak-kanak itu sendiri terdiri daripada banyak bentuk, sama ada dalam buku bergambar, buku berilustrasi, dan sebagainya. Peringkatnya umur kanak-kanak itu juga diambil kira, sama ada peringkat awal, seperti prasekolah atau sebagainya. | Lain-lain | 18.09.2008 |
Mohon penjelasan yang lebih jelas. apakah sebenarnya konsep dan tujuan untuk membuat kertas cadangan dan kertas kerja. Justeru itu, apakah sebenarnya kaitan antara kertas kerja dan kertas cadangan. Jika ingin membuat satu laporan kos yang ingin dibelanjakan dan ingin dihantar kepada majikan, apakah format atau bentuk makalah yang lebih sesuai yang harus digunakan, atau adakah format nberbentuk kertas cadangan yang lebih sesuai. Hal ini kerana kos tersebut bukanlah termaktub dalam apa-apa projek ,majlis atau sebarang aktiviti. Apa yang ingin dilakukan hanyalah sebuah laporan kos-kos dan perbelanjaan-perbelanjaan tambahan yang akan dibelanjakan bagi sesebuah projek tanaman kelapa sawit. Mohon penjelasan. Terima kasih | Kertas cadangan ialah makalah yang ditulis yang mengandungi maklumat perancangan bagi pelaksanaan sesuatu projek, manakala kertas kerja ialah makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu isu atau persoalan. Umumnya dalam kertas cadangan, laporan kos ini diletakkan di bawah perkara Anggaran Perbelanjaan dan perinciannya dijelaskan dalam Lampiran. Tidak ada format yang seragam bagi lampiran laporan kos ini. Penulisannya berdasarkan ketetapan dan keperluan sesebuah organisasi. | Makna | 27.02.2014 |