Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.but] | سبوت

Definisi : bp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.but] | سبوت

Definisi : ; menyebut 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. menyebut-nyebut selalu benar me­nyebut: ~ nama anaknya. tersebut pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. sebutan 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebut

Puisi
 

Bintang tujuh tinggal enam,
     Gugur sebiji di Gunung Daik;
Hilang sebut tinggal senam,
     Baru tahu emas tak baik.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Mati enau tinggal di rimba.

Bermaksud :

Orang hina jika mati, tak akan disebut-sebut orang lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana sebut waktu dalam sistem 24 jam seperti berikut: 1. jam 1600 2. jam 0025 3. jam 0000 4. jam 0303 Terima kasihSebutan waktu dalam sistem 24 jam ialah 1. jam 1600 = jam 1600, 2. jam 0025 = jam 12.25 tengah malam, 3. jam 0000 = jam 12 tengah malam, 4. jam 0303 = jam 3.03 pagi.Lain-lain15.11.2010
Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini?Lihat LampiranLain-lain15.05.2012
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih.Ejaan yang betul ialah sebut harga.Ejaan11.05.2011
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas.Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan.Tatabahasa13.01.2011
1. Adakah betul kalau saya sebut atau tulis "kamus istilah" bagi mewakili daftar istilah atau istilah? 2. Adakah istilah juga merupakan salah satu kamus?Kamus istilah ialah sejenis kamus yang mengandungi istlah berserta padanan dan takrifan atau keterangan tentang istilah tersebut dalam bahasa Melayu. Daftar istilah ialah daftar  berbentuk buku yang mengandungi istilah dengan padanan dalam bahasa Melayu sahaja.  Istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan s3esuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Istilah bukan salah satu kamus kerana istilahhanya  merupakan perkataan atau rangkai kata.    Lain-lain06.04.2008
Ejaan bagi perkataan 'masalah' sepatutnya di sebut [ /ma/sa/lah/]. Namun kebiasaan penutur Bahasa Melayu menyebut [ma/ sa/ a/lah].Sebutan yang betul untuk perkataan "masalah" ialah mas.a.lah  (mas/a/lah).Tatabahasa05.07.2013
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH.Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum.Lain-lain29.10.2007
As salam. Saya nak bertanya jika sajak kita akan sebut mendklimasikan sajak. Jika syair, adakah kita menggunakan istilah mengalunkan syair atau ada istilah yang lebih sesuai? Terima lasihPerkataan mengalunkan syair boleh digunakan selain  bersyair dan melagukan syair.Tatabahasa30.08.2013
mengapa rangkai kata 'sedikit sebanyak' tidak ditulis atau di sebut 'sedikit banyak' yang merupakan kata asalnya masing-masing. Dari segi tatabahasa mana yang lebih tepat? JazakalLahhukhairankatheeraTerima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman saudara, kata sedikit sebanyak sudah diterima oleh masyarakat dan boleh digunakan pada tempat yang sesuai menurut konteks ayat. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain10.02.2007
Salah satu cara mengajar kanak-kanak adalah melalui teknik 'look and say'. Apakah terma yang terbaik sekiranya teknik 'look and say' diterjemah? Adakah teknik pandang dan sebut?

 

 Berdasarkan istilah dalam bidang pendidikan, look and say method padanannya dalam bahasa Melayu ialah kaedah lihat dan sebut.

Huraian: Teknik pengajaran membaca yang membolehkan murid-murid mengenali seluruh perkataan sekali gus.

Bagi istilah yang lain Sdr boleh melayari laman sesawang DBP dan menaipkan perkataan atau istilah yang berkaitan untuk mendapatkan padanannya dalam bahasa Melayu.

Lain-lain02.06.2010
1234

Kembali ke atas