Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Eko) pernyataan harga yg diberi-kan oleh pembekal kpd bakal pembeli utk sesuatu barangan yg dipesan; menyebut harga menyatakan atau mem­berikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan: kontraktor itu ~ RM2000.00 bagi kerja membaiki longkang berkenaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist anggaran kos (ttg sesuatu barangan atau perkhidmatan) yg diberikan kpd bakal pembeli atau bakal pelanggan. menyebut har­ga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan: Kon­traktor telah pun ~ RM50,000.00 bagi membaiki kerosakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon pencerahan berkenaan perkataan sebutharga atau Sebut Harga atau sebut harga?? adakah dua perkatan atau satu perkataan?Yang betul ialah sebut harga.Ejaan26.05.2014
Y.Bhg Tuan/Puan, ucapan salam. Saya ingin mendapatkan ejaan yang betul bagi sebut harga. terima kasih.Ejaan yang betul ialah sebut harga.Ejaan11.05.2011
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas.Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan.Tatabahasa13.01.2011
perkataan penyebutharga wijud atqau tidakTidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga.Istilah05.01.2016
ASSALAMUALAIKUM, Bolehkah perkataan menguji terima digunakan bagi tajuk sebut harga seperti di bawah ;KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJITERIMA PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. Pihak kontraktor perlu membuat pengujian terlebih dahulu bagi memastikan roller-shutter door yang dipasang berfungsi dengan baik Sekian terima kasihWaalaikumsalam,

Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh  memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu atau berdasarkan ayat tuan, tajuk sebut harga tersebut boleh digunakan seperti ini;  KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJI PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. 

Istilah11.02.2019
Boleh saya dapatkan pengesahan penggunaan perkataan 'menyetujuterima' dalam konteks ayat 'menyetujuterima sebut harga/tender'Mengikut istilah Undang-undang ejaan yang betul ialah "menyetujui terima" yang bermaksud "menerima dengan niat bersetuju".Istilah15.06.2020
tulisan yang betul bagi sebutharga dan penyebutharga.Yang betul ialah sebut harga.Tatabahasa11.12.2009
Perkataan SEBUTHARGA dieja dengan dua patah perkataan atau satu perkataansebut harga.Tatabahasa02.08.2007
Maslina Ngadiman Dec 12th, 10:40am Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya ingin meminta sebut harga bagi beberapa judul buku. Mohon berikan saya nombor telefon ataupun faks, juga nama pegawai pemasaran yang bertugas. Saya cuba gunakan nombor telefon yang tertera di laman web namun sudah tiada dalam perkhidmatan. Sekian. Segala bantuan saya ucapkan terima kasih. Maslina Ngadiman Kedai buku Pustaka Azhar.Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain12.12.2014
Adakah DBP menyediakan khidmat terjemahan (Bahasa inggeris kepada Bahasa Malaysia)? Sekiranya ada harap dapat menghantar sebut harga.

Untuk khidmat penterjemahan saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara,no. telefon 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia,no. telefon 03-21424381.

Lain-lain23.02.2009
12

Kembali ke atas