| Adakah perkataan ini betul dari segi hukum tatabahasa? ' surihnya '. Atau ia perlu ditambahkan imbuhan 'kan' menjadi 'surihkannya'? cth ayat: Sebut huruf dan surihnya dengan jari. | Sebagai arahan bentuk kata yang betul ialah surihkannya dengan jari . | Tatabahasa | 03.02.2009 |
| Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan? | Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Makna | 26.02.2014 |