1. Apakah definisi sebutan baku dan dasar umum sebutan baku bahasa Melayu? 2. Apakah perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau(biasa) dari segi fonologi? 3. Apakah Kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu? | 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Makna | 25.05.2010 |
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal | 1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab. 2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
SALAM Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai : 1. definisi sebutan baku 2. dasar umum sebutan baku bahasa melayu 3. perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau (biasa) dari segi fonologi 4. kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu Terima Kasih | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 15.06.2010 |
1. Mahu mencari perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau dari segi Fonologi. 2.Boleh berikan kebaikan dan keburukan sebutan baku | Puan, Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Dari segi kebaikan sebutan baku menyeragamkan semua bentuk sebutan dan menghasilkan satu bentuk sebutan yang seragam yang dapat diucapkan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara di dalam semua situasi rasmi. Sesuatu sistem jika membawa keburukan tidak akan diteruskan. dalam hal sebutan baku lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Keburukannya mungkin hanya daripada sikap penutur untuk bertutur lain daripada kebiasaan yang dituturkan. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
1. DEFINISI SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU. 2. PERBEZAAN SEBUTAN BAKU DENGAN JOHOR-RIAU DARI SEGI FONOLOGI. 3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU | 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Lain-lain | 17.06.2010 |
1. Apakah perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau? 2. Apakah Kebaikan dan keburukan Sebutan baku? | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Perbezaan yang nyata antara bahasa baku dan sebutan bahasa Melayu Johor Riau ialah sebutan baku setiap perkataan akan disebut mengikut ejaannya. Paling ketara pada huruf a . Namun bagi bahasa Johor Riau ialah sebutan yang kita gunakan seharian. Contohnya sebutan baku bagi perkataan saya ialah saya manakala dalam sebutan bahasa Johor Riau ialah saye. Untuk maklumat lanjut tentang sebutan baku termasuklah kebaikan dan keburukan sila rujuk kertas kerja/makalah/buku yang berkaitan. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
1)Apakah sebutan bagi perkataan " beratur" ? Disebut ber'a'tur atau be'ra'tur ? Begitu juga bagi perkataan "berombak". 2) Biasanya sebutan bagi perkataan "telur" disebut sebagai " "telor". Adakah sebutan " telor" betul ? terima kasih | Terdapat dua cara sebutan untuk perkataan beratur, iaitu ber.a.tur dan be.ra.tur. Perkataan berombak juga mempunyai dua cara sebutan, iaitu ber.om.bak dan be.rom.bak. Sebutan untuk telur ialah te.lur. | Tatabahasa | 10.05.2012 |
1)Nyatakan keburukan sebutan baku bahasa Melayu? 2)Nyatalam sebutan Johor-riau dari segi fonologi? | Sdr. Nur2608, 1. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. 2.Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. 3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Tatabahasa | 14.06.2010 |
Saudara, Saya harap saudara dapat membantu saya tentang fonologi dalam Bahasa Melayu. 1. Sebutan yang betul bagi perkataan 'elak' selepas ditambah imbuhan 'meng' disebut 'me+nge+lak' atau 'meng+e+lak'. 2. Bagaimana pula contoh-contoh kes yang sama bagi perkataan akar atau dasar lain yang bermula dengan vokal. Bantuan yang dihulurkan saya rakamkan ribuan terima kasih. | Sebutan yang betul ialah me.nge.lak dan me.nga.rah. Untuk makluman, kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga. Contohnya: me.nga.rah, me.nge.dar, me.ngi.kut, pe.nga.rah, pe.nge.dar, pe.ngi.kut. | Ejaan | 19.09.2012 |
1. Bagaimana sebutan bagi perkataan MULAI? Adakah MU - LAI atau MU - LA - I ? 2. Adakah terdapat imbuhan akhiran dalam perkataan MULAI ini? | Sebutan bagi perkataan MULAI ialah Mu-la-i. | Lain-lain | 26.05.2010 |